Home > Arkib > Wonders of Winter ( WOW ’14)

Wonders of Winter ( WOW ’14)

Program tahunan setiap kali tibanya cuti musim sejuk ! Alhamdulillah, WOW ’14 telah melabuhkan tirainya beberapa hari lepas.Untuk mengembali dan memateri memori sepanjang dua hari program ini berlangsung,Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PERUBATAN Cawangan Zagazig dengan berbear hatinya memuat naik gambar program untuk tatapan seluruh mahasiswa Zagazig 🙂

Program yang berlangsung pada 26 dan 27 Januari lalu,menyediakan pelbagai acara menarik dan majlis ilmu yang bermanfaat untuk mengisi masa luang sempena cuti musim sejuk dan salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah dikalangan mahasiswa Malaysia di bumi kuda putih ini.

Bazar WOW’14,Knitting and Sewing,Fiqh Mar’ah dan Talk Show dari Unit Baitul Muslim PCZ adalah antara acara yang pling mendapat sambutan.

Semoga WOW’14 kali ini memberi manfaat dan memori indah kepada semua yang terlibat.Alfu syukran diucapkan kepada semua adhoc pelaksana program,ahli yang membantu secara langsung dan tidak langsung,serta pengunjung yang memeriahkan program ini.

Jumpa lagi di musim sejuk tahun hadapan ! ^^

Tinggalkan komen anda