Home > Menu > Berita > Laporan LIFE Siri 4

Laporan LIFE Siri 4

ZAGAZIG, 2 Mac 2013- Akademi LIFE dibawah Unit Mentor Council telah mengadakan  LIFE II Siri 4 bertempat di Zagazig Malaysian Student Hall.

life 4

Majlis bermula pada jam 7 malam dengan alunan nasyid asmaul husna dan lagu tema Akademi LIFE,  Bingkai Kehidupan. Seterusnya, majlis disambung  dengan slot pertama yang bertajuk, ‘’Kamu Merupakan Sebaik-Baik Umat” yang telah disampaikan oleh Pengarah JAKSI Zagazig , saudara Wan Zaimu Nazmeer bin Wan Abu Bakar.

Diantara perkongsian bagi slot ini adalah, pengisi menegaskan kepada peserta bahawa kita adalah umat yang terbaik jika menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dengan menegakkan amar ma’ruf nahi munkar ,kita dapat membina benteng yang kukuh untuk menjaga, melindungi, memelihara, bahkan meningkatkan iman dan taqwa umat. Pada saat iman dan taqwa umat itu baik, maka segala pintu keberkahan akan terbuka bagi mereka.

Kemudian, majlis diteruskan dengan slot kedua iaitu, “Sehingga Kamu Mengerti Wahai Pemuda’’ yang disampaikan oleh al-fadil Ustaz Farid Faizi bin Azizan, pelajar tahun 3 dari Maahad Qiraat Shoubra.

life 4 (2)

Antara isu yang dikupas di dalam slot ini, ialah bagaimana persediaan pemuda – pemudi masa kini dalam mendepani isu realiti kehidupan masyarakat. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran bagaimana ingin menjadi generasi pelapis yang bersedia membawa islam secara sistematik dan berkualiti bagi memastikan generasi pemuda-pemudi yang berfikiran islam tidak pupus.

Sebelum majlis berakhir, Mudir LIFE, Saudara Farhan bin Murtza telah memberikan sedikit penerangan tentang kempen We Are Real Muslim (WARM). Kempen ini akan dijalankan selama dua minggu sehingga LIFE Siri 5 yang akan dijalankan pada akhir Mac 2013. Majlis akhirnya melabuhkan tirai pada jam 10 malam.

life 4 (3)

“Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau pendengar (mendengarkan orang mengaji) atau pencinta (mencintai ilmu) dan (jangan) engkau jadi orang yang kelima (tidak mengajar, tidak belajar, tidak mendengarkan pengajian, dan tidak mencintai ilmu), maka engkau akan hancur.” (H.R. Baihaqi)

“Mencipta Langkah, Mengaspirasi Ummah”

Yang menjalankan tugas,

Siti Amirah bt Yusof,
Setiausaha LIFE II Siri 4,
Mentor Council Biro Pembangunan Insan PCZ 2013/2014

 

 

Tinggalkan komen anda