Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Laporan Program Superwoman

Laporan Program Superwoman

Zagazig, 8 Julai – Pada 8 Julai 2012, Health and Beauty Service dibawah Unit Kebajikan, dengan kerjasama Jabatan Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Zagazig telah menganjurkan program yang dinamakan “SUPERWOMAN”. Program yang merupakan program pertama anjuran Health and Beauty Service ini dianjurkan khusus untuk kaum hawa ini dengan bertujuan untuk mendedahkan kepada seluruh mahasiswi tentang penjagaan kesihatan diri serta kecantikan diri yang merupakan salah satu aspek yang perlu dijaga oleh wanita sebelum melangkah ke fasa wanita bekerjaya dan berumahtangga.

SUPERWOMAN membuka tirai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Nur Farahin Azzuanie Bt Awang Tangah. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Nur Izzati Bt Ahmad yang berkisar tentang objektif SUPERWOMAN. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ex-Officio, Nor Ain Bt Bahori, yang lebih kepada penerangan tentang Team Health and Beauty. Akhirnya, ucapan kemuncak dan perasmian yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012, Fatmatul Zahrah Bt Mat Zin, seterusnya merasmikan program SUPERWOMAN pada hari itu. Seterusnya, para peserta dihidangkan dengan tayangan video berkenaan pengenalan Health and Beauty Service.

Slot pertama SUPERWOMAN pada hari itu adalah “GIRL’S PILLOW TALK CHATTING” yang dikendalikan oleh saudari Shazwanie Azeera Bt Soberi sebagai moderator program. Slot yang direka seperti permainan ini lebih kepada membincangkan tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita. Para peserta yang terlibat sama-sama berkongsi tentang cara penjagaan yang selalu diamalkan, dan moderator akan menghuraikan sama ada ianya salah atau betul. Jikalau salah, moderator akan menerangkan cara-cara yang betul, dan seterusnya.

Seusai slot pertama, para peserta diberi rehat selama 15 minit beserta makan pagi. Acara diteruskan lagi dengan slot kedua yang diberi nama “BREAST SELF EXAMINATION” atau slot pemeriksaan payudara yang dikendalikan oleh saudari Nur Atiqah Anuar. Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang mentor yang telah ditetapkan. Sebelum bergerak mengikut kumpulan, peserta diberi taklimat ringkas dan tayangan video tentang kanser payudara, penjagaan serta pencegahan. Setelah itu, para peserta diminta bergerak di dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan masing-masing diberikan peluang oleh para mentor untuk membuat praktikal dan mempraktikkan apa yang diajar setelah selesai slot teori.

SUPERWOMAN akhirnya melabuhkan tirai pada jam 1.30 tengah hari. Jelas kelihatan kegembiraan terpancar di wajah setiap peserta. Diharap para peserta dapat mengambil faedah dan manfaat bersama demi melahirkan wanita yang menepati aspek 4K iaitu kebersihan, kecantikan, keyakinan diri dan keterampilan.

“AT TAQWA, AS SYIFA’, AR RAHMAH”
“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Disediakan Oleh,

Nur Aqida Bt Kamarul Azlan,
Setiausaha,
Program Superwoman, Health And Beauty Service,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

[finder]klik pada gambar untuk paparan penuh[/finder]

Tinggalkan komen anda