Home > Menu > Program > Laporan Cairo Explorer 2012 (COREX’ 12)

Laporan Cairo Explorer 2012 (COREX’ 12)

ZAGAZIG, 2 Julai-Kemeriahan program SEIFZ ’12 diteruskan lagi dengan program ketiganya iaitu Cairo Explorer 2012 atau lebih dikenali dengan COREX ‘12. Program yang bertemakan “Travel Together Reinforce The Ukhuwah” ini telah disertai oleh seramai 43 orang akhawat, 4 orang Musyrif dan 1 pasangan mutazawijin. Bermula seawal 5.00 pagi lagi, para peserta telah mula berkumpul di hadapan kedai Baba Yaser di kawasan Salam bagi membuat pendaftaran dan menjelaskan yuran lawatan bagi sesiapa yang tidak berkesempatan melakukannya sebelum itu.

            Tepat pada pukul 7.10 pagi bas mula bergerak meninggalkan kawasan Salam Sadnawi dan terus menujuke Asfour, Shoubra. Perjalanan yang telah mengambil masa selama 2 jam lebih ini telah diisi dengan pelbagai pelbagai slot dan aktiviti santai,bermula dengan ucapan alu-aluan oleh saudari Nik Mahabbah Khairiah binti Nik Din selaku pengarah program,tazkirah ringkas oleh Saudara Syakir Husein bin Sohaimidan juga ucapan perasmian oleh saudari Nur Syakirah binti Yaakob selaku AJKT PCZ 2012. Manakala aktiviti yang telah diadakan ialah sesi cabutan bertuah,kuiz dan juga slot Secret Admirer di mana para peserta dikehendaki menghadiahkan sesuatu sebagai tanda kenang-kenangan dan mahabbah yang terlakar sempena jaulah pada kali ini.Aktiviti ini dilihat telah berjaya mencapai objektif program ini iaitu mengeratkan ukhuwah di kalangan mahasiswi Zagazig.

            Rombongan selamat tiba di destinasi pertama iaituAsfour sekitar 9.45 pagi dan diberikan penerangan tentang teknikal pembelian barang di Asfour oleh Musyrif yang terlibat. Alhamdulillah, kami amat betuah pada kali ini ibarat langkah kanan apabila pada hari tersebut Kilang Cristal Asfour telah menawarkan potongan harga yang amat berpatutan sehingga 50% pada kebanyakan produk yang telah dikeluarkan. Justeru para peserta tidak melepaskan peluang yang ada dengan membeli sebanyak mungkin barang untuk dijadikan sebagai buah tangan atau cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.

            Setelah selesai solat jama’taqdim di Asfour,kami terus bertolak ke Pasar Husein yang terletak berdekatan dengan Masjid Azhar As Syarif. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang setengah jam telah menja dilewat akibat kesesakan jalanraya yang tidak terkawal dan kami tiba sekitar pukul 2.30 petang. Setelah selesai makan tengahari, kami terus dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan taklimat keselamatan.Tepat jam 6.30 petang,kami berkumpul semula untuk terus bertolak pulang ke Zagazig. Walaupun masing-masing keletihan namun masih terpancar wajah gembira kerana dapat membeli dan menghadiahkan sesuatu buat insan-insan yang tersayang.Semoga rantaian ukhuwah pautan mahabbah yang terbina ini akan terus mekar dan bekekalan selamanya,insyaALLAH…

           

Disediakan oleh,

Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli,
Setiausaha,
Cairo Explorer 2012,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

[finder]klik pada gambar untuk paparan penuh[/finder]

Tinggalkan komen anda