Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Penangguhan Program Kursus Multimedia & Cooking Contest

Kenyataan Rasmi : Penangguhan Program Kursus Multimedia & Cooking Contest


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum W.b.t.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat iman dan islam  serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga seluruh mahasiswa mahasiswi Sains Kesihatan di Zagazig sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan memerah fikiran dan keringat menjalankan tanggungjawab seorang penuntut ilmu, akhirnya bahang ‘Exam Fever Campaign’ ini telah berakhir 2 minggu yang lalu. Justeru, tika ini bermulalah fasa pengumuman keputusan peperiksaan yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa/wi Perubatan dan Farmasi tahun 1, 2, 3. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mahasiswa/wi yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tahun ini. Kepada yang kurang bernasib baik, ingatlah bahawa Allah SWT selitkan peluang kedua untuk kalian pasakkan sebenar-benar usaha dan kami akan sentiasa mendoakan  kejayaan kalian pada hari depan.. Janganlah kecewa, dan jangan berputus asa. Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi. Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita. Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita! Bersangka baik lah dengan Allah SWT dengan hikmahNya yang tersembunyi.

Sehubungan dengan itu, dengan mengambilkira situasi semasa keadaan di Zagazig ini dan perancangan program  dibawah “The Summer Festival & Fair of Zagazig” (SEIFZ), panitia perancang PERUBATAN Cawangan Zagazig memutuskan untuk menangguhkan 2 program dibawah SEIFZ ke suatu masa yang difikirkan sesuai untuk majoriti ahli PCZ dan akan dimaklumkan kemudian. 2 program tersebut ialah:

  1. Kursus Multimedia ’12. Tarikh: 14hb & 15hb Julai 2012
  2. Pertandingan Memasak. ‘Cooking Contest’  Tarikh: 16hb Julai 2012

 Namun begitu, program ‘Zagazig Summer Cup 2012’ tetap akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 17hb (ikhwah) dan 18hb (akhawat) Julai ini.

Akhir kalam, sama-sama kita lipat gandakan usaha kita sepanjang tempoh yang berbaki ini dan pada masa yang sama, kita tingkatkan amal ibadah kita dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya sama-sama kita teguh dan eratkan kebersamaan kita dengan doa yang berterusan untuk diri sendiri, dan untuk seluruh sahabat yang lain agar kejayaan yang cemerlang diperoleh bersama, insyaAllah.

Siiru’ala Barakatillah.

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SHIFA’, AR-RAHMAH”

Yang Benar,


NAIM BIN SARFARAZ AHMAD
Ketua Panitia Perancang,
Timbalan Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Zagazig,
Sesi 2012.

Tinggalkan komen anda