Home > Menu > Berita > Laporan Unit Perumahan (Sepanjang Mac Dan April)

Laporan Unit Perumahan (Sepanjang Mac Dan April)

Unit Perumahan dalam usaha untuk meningkatkan keselesaan ahli dan juga sebagai pendokong ojektif-objektif yang ingin dibawa sentiasa konsisten melakukan kerja-kerja berkaitan perumahan. Ini sesuai dengan moto yang ingin dibawa dan dihayati oleh semua ahli iaitu “Rumah Selesa Ibadah Terjaga”. Pada bulan Mac dan April, beberapa pelaksanaan yang juga dikira sebagai aspek penting bagi kelancaran gerak kerja Unit Perumahan seterusnya telah dilaksanakan.

*gambar hiasan

Pada rangkuman pertengahan bulan Mac, pemilihan Ketua Imarah telah dibuat bagi kesemua rumah akhawat iaitu sebanyak 95 buah rumah merangkumi kawasan Salam Sadnawi, MTA, Salam Masyaallah, Qaumiyah dan juga Kafr Zind. Tujuan pemilihan ketua imarah ini adalah bagi memudahkan gerak kerja dari segi pengedaran risalah atau artikel contohnya. Melalui fungsi mereka yang bertindak sebagai wakil imarah masing-masing, maka risalah dan artikel yang ingin disampaikan tidak ada yang tercicir. Mereka juga akan menjadi rujukan ahli imarah masing-masing jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan perumahan dan suara ahli-ahli rumah ini akan disalurkan pula pada pihak yang lebih atas.

Seterusnya, gerak kerja akhawat diperkemas lagi dengan pelantikan rumah angkat bagi kesemua rumah akhawat di Zagazig yang mana setiap ajk Unit Perumahan akhawat dipertanggungjawab untuk menjaga beberapa buah imarah. Sebagai contoh, Imarah Indo Malaya, Imarah Maktabah dan Imarah Sinki dipegang oleh salah seorang ajk. Rasional pelantikan rumah angkat ini adalah untuk memastikan kebajikan ahli semuanya terjaga. Ajk angkat ini akan sentiasa berhubung dengan Ketua Imarah bagi menyampaikan sebarang maklumat-maklumat yang harus diketahui oleh ahli sebagai contohnya harga gas semasa dan juga isu keselamatan. Melalui usaha ini, maklumat dapat disampaikan dengan lebih sistematik.

*gambar hiasan

Seperti yang dilakukan oleh Unit Perumahan sesi lepas, pada sesi ini juga gerak kerja sama masih diteruskan iaitu pengedaran borang bancian dan juga direktori perumahan kepada setiap ahli. Direktori ini supaya ahli tahu siapa yang harus mereka jadikan rujukan  andai kata terdapat sebarang masalah berkaitan perumahan dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja perumahan yang lain sentiasa dilakukan dengan penuh konsisten seperti penyelenggaraan rumah bagi pihak ikhwah dan setakat ini semuanya bergerak lancar dan sistematik kerana adanya ajk penyelenggaraan bagi setiap kamsis yang akan meringankan lagi tugas Ketua Unit. Selain itu, urusan perpindahan ahli yang dilakukan secara berkala dan juga proses membantu ahli mencari rumah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua ahli.

Justeru, kami dari Unit Perumahan sesi 2012 sentiasa mengalu-alukan ahli untuk merujuk pihak kami jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan perumahan kerana disitu wujudnya nikmat atau semangat bekerja kerana ALLAH.

“RUMAH SELESA IBADAH TERJAGA”

Disediakan oleh,

Siti Aishah Bt Md Radzi
Setiausaha,
Unit Perumahan PCZ 2012

Tinggalkan komen anda