Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Kronologi Pelajar Disekat Dari Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011/12

Kronologi Pelajar Disekat Dari Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011/12

 

Assalamualaikum w.b.t,

Salam mujahadah diucapkan kepada semua warga PERUBATAN Cawangan Zagazig sempena fatrah imtihan yang sedang berlangsung. Pada awalnya, kami di pihak Unit Akademik PCZ memohon maaf atas segala kecelaruan maklumat tentang isu polisi kehadiran sepanjang  musim imitihan ini. Sesungguhnya perkara ini di luar bidang kuasa kami. Justeru,  saya berbesar hati untuk menceritakan kronologi secara ringkas seputar isu beberapa pelajar Universiti Zagazig yang tidak dibenarkan menduduki peperikasaan `dur awwal’ .

8/5/2012:

Unit Akademik telah bertemu dengan Ketua Koordinator Malaysia, Prof Dr. Usamah Kamhawy, seramai 11 orang pelajar Kuliah Perubatan telah tersenarai dan ini bersumberkan catatan kehadiran yang diambil oleh  Class President (CP) dan Class Vice President (CVP)  bagi setiap kelas serta kehadiran daripada department setiap subjek. Kami dimaklumkan pelajar terbabit tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan dur awwal. Pihak kami mengambil langkah untuk tidak menyebarkan lagi perkara ini kepada umum sebelum dibincangkan secara mendalam dengan pihak Universiti Zagazig memandangkan fatrah peperiksaan yang baru sahaja bermula. Selain itu, masalah ini juga masih belum jelas berikutan terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan polisi kehadiran tersebut.

10/5/2012:

Perkara ini telah dibawa kepada Dr Yasser iaitu Ketua Bahagian Muamalat Universiti, dan beliau bersetuju untuk membantu dalam memastikan semua pelajar terlibat dapat mengambil peperiksaan seperti  biasa. Tetapi setelah hampir seminggu, masalah ini masih menjumpai jalan buntu.

16/5/2012:

Bertempat di Malaysian Students Department (MSD), perkara ini diutarakan sekali lagi untuk diperbincangkan dengan lebih lumat. Memandangkan pihak Universiti masih berkeras, kami telah meminta pihak Universiti agar mempertimbangkan sekali lagi selepas mendengar sendiri permasalahan di peringkat individu. Hasilnya, Dr Usamah Kamhawy bersedia untuk berjumpa semua pelajar terlibat keesokan harinya. Unit Akademik yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua hadir ke perjumpaan itu telah menghubungi 11 orang  pelajar terbabit secara individu.

17/5/2012:

Sekitar pukul 11 pagi, perjumpaan bersama pelajar–pelajar terbabit diadakan di bilik Prof. Dr. Tariq, Vice Dean of Faculty of Medicine. Hasil perjumpaan selama hampir satu jam itu, hanya pelajar yang mempunyai ‘medical excused’ akan dipertimbangkan untuk memasuki peperiksaan, tetapi masih terdapat beberapa pelajar dimana tidak mampu menyediakan ‘medical excused’.

Pada sebelah petang, Unit Akademik dan Timbalan Pengerusi I PCZ, Naim Sarfaraz Ahmad, sekali lagi membuat  perjumpaan dengan Dr. Usama dan Dr. Tariq dengan mengharapkan ada jalan penyelesaian yang lebih baik memandangkan sistem kehadiran ke kuliah pada tahun ini terlalu banyak kelemahan yang perlu diteliti. Alhamdulillah, akhirnya pihak universiti menerima permohonan kami dengan syarat pelajar yang terbabit  menghantar surat kemaafan kepada pihak universiti atas sebab telah melanggar polisi universiti juga menjaga kredibiliti pentadbiran Universiti itu sendiri.

Pada sebelah malam, satu lagi perjumpaan ringkas diadakan antara  pelajar –pelajar ini dengan Unit Akademik untuk menerangkan permasalahan sebenar.

19/5/2012:

Unit Akademik telah menyerahkan semua surat permohonan kemaafan kepada Dr Usamah dan beliau menerima dengan respon yang baik. Beliau berpesan jika perkara yang sama berulang lagi pada tahun hadapan, tiada lagi kemaafan dari pihak Universiti dan  nama mereka akan dihantar kepada pihak Kedutaan Malaysia.

Akhir  kalam, diharapkan semoga setiap perkara yang berlaku ini menjadi satu titik perubahan kearah yang lebih baik. Selamat melaksanakan tanggungjawab sebagai Mahasiswa Sains Kesishatan!

“BERSAMA MENINGKATKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN”

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Mohd Zakhiruddin A. Bakar
Ketua Unit Akademik PCZ 2012

Tinggalkan komen anda