Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi Sempena Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2011/2012

Kenyataan Rasmi Sempena Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2011/2012


Assalamualaikum wbt…

Segala puji bagi Allah, hari ini kita masih dikurniakan nikmat kehidupan dan nikmat keIslaman.  Semoga seluruh mahasiswa mahasiswi sains kesihatan di bumi Zagazig sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Sesi pengajian 2011/2012 bakal berakhir dengan peperiksaan akhir tahun bagi Kuliah Perubatan dan akhir semester bagi Kuliah Farmasi, Universiti Zagazig. Walau bagaimanapun,  adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapinya dengan persediaan yang rapi bagi memastikan sebuah kejayaan di penghujungnya?.

Dinasihatkan kepada semua mahasiswa teruskan berusaha untuk mengulangkaji pelajaran dengan seoptimum mungkin di saat-saat genting ini. Namun begitu, jangan lupa untuk kita menjaga hubungan dengan Allah  dengan menunaikan kewajipanNYA. Restu ibubapa juga perlu untuk mencari keberkatan sebagai seorang anak. Tidak dilupakan untuk kita memohon maaf kepada kenalan disekeliling kita supaya kita dapat menghadapi imtihan dengan tenang dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidak akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.

Akhir kalam, saya mewakili seluruh pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2012 menyucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Semoga kejayaan yang cemerlang yang dicita-citakan menjadi kenyataan seterusnya melahirkan professional mukmin yang cemerlang dan berdaya saing.

Siiru’alaBarakatillah…

“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA,  AR-RAHMAH”

ABD HAKIM BIN MOHD SUHIMIN

PENGERUSI,
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG
SESI 2012

Tinggalkan komen anda