Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Muhasabah Separuh Penggal

Muhasabah Separuh Penggal

Bismillahirrahmanirrahim….

Sedar tidak sedar, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2012 telah berada di pertengahan sesi. Pelbagai gerak kerja dan program telah dilaksanakan bagi menjaga kebajikan ahli di bumi Zagazig. Namun  begitu, dalam kesibukan melaksanakan gerak kerja tersebut mungkin di sana ada muhasabah atau teguran yang boleh diambil kira bagi memastikan persatuan yang kita dokongi ini terus meningkat dari segi gerak kerja dan integriti selaras dengan persatuan mahasiswa yang ditubuhkan di serata dunia.

Pada tahun ini, PCZ akan melaksanakan salah satu dari usul yang telah disepakati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang lepas iaitu usul “Audit Perbendaharaan Dan Muhasabah Cawangan Di Pertengahan Penggal Sesi”. Antara tujuan utama usul ini dilaksanakan adalah untuk memantau sejauh mana prestasi gerak kerja PCZ sepanjang tempoh separuh penggal perkhidmatan PCZ pada sesi 2012 ini yang telahpun bermula sejak awal Januari yang lalu. Selain itu, kami juga ingin mengetahui maklum balas, respon serta pendapat ahli-ahli PCZ berkenaan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan kita semua. 

Di peringkat PCZ, kami telah menjalankan beberapa cara untuk mendapatkan muhasabah, cadangan dan respon daripada ahli, antaranya :

  1. Mesyuarat Interbatch
  2. E-Muhasabah
  3. Muhasabah Unit (AJK Unit)
  4. Pendokumentasian muhasabah program di bawah unit dan jabatan PCZ

InsyaAllah, muhasabah separuh penggal yang dijalankan ini sudah pasti akan membantu pihak pengurusan PCZ pada separuh penggal yang akan datang dalam memantapkan lagi segala gerak kerja yang kurang memuaskan pada pandangan ahli agar slogan dan pembawakan PCZ menjadi realiti yang kesampaian, bukan fantasi semata-mata.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada ahli PCZ yang sudi menyumbangkan buah fikiran, komen serta muhasabah kepada kami dalam usaha untuk membantu memperbaik prestasi PCZ. Moga Allah terus merahmati kalian.

Sekian, terima kasih.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Mohd Syahmi Amir Bin Md. Razali
Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

Nur Zahidah Binti Hosman
Timbalan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

Tinggalkan komen anda