Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > Penutupan Post Di Group Facebook PCZ

Penutupan Post Di Group Facebook PCZ

Bismillahirrahmanirrahim.

Facebook merupakan salah satu medium rasmi PERUBATAN Cawangan Zagazig untuk menyalurkan maklumat kepada ahli sama ada melalui profil atau group PCZ. Sepanjang lebih setahun penubuhan group Facebook PCZ, pihak kami mendapat banyak maklum balas dari kalangan ahli berkenaan dengan sistem penyaluran maklumat yang kadang-kala menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli. Setelah melalui beberapa sesi perbincangan, kami telah memutuskan untuk  menutup post di group daripada ahli.  

Sebab Penutupan

  1. Punca timbulnya permasalahan dan salah faham dikalangan ahli
  2. Ahli tidak maklum dengan info terkini kerana sistem group FB adalahpost yang terkemudian dikomen, akan berada di atas – menyebabkan maklumat baru jatuh kebawah, dan post lama yang kurang penting dinaikkan kembali.
  3. Mengelakkan berlaku perselisihan faham antara ahli yang boleh menyebabkan perbalahan dan keretakan ukhwah.

Kami telah menyediakan alternatif kepada ahli untuk melontarkan sebarang pandangan dan maklum balas melalui : 

  1. Ruangan E-Aduan di web rasmi PCZ. (pautan E-Aduan)
  2. Melalui Twitter PCZ.
  3. Melalui Yahoo Messengger PCZ (fokus untuk ahli bertanya dan bukan hanya sebagai medium utama hebahan maklumat PERUBATAN)
  4. Inbox terus ke akaun facebook PCZ atau akaun peribadi khususnya Pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Timbalan Pengerusi II atau mana-mana AJKT PCZ amnya.
  5. Atau emailkan permasalah tersebut kepada :
    1. pengerusi_pcz@yahoo.com
    2. setiausaha_pcz@yahoo.com
    3. bendahari_pcz@yahoo.com
    4. akademik_pcz@yahoo.com
    5. upi_pcz@yahoo.com
    6. kebajikan_pcz@yahoo.com
    7. upp_pcz@yahoo.com.my
    8. usal_pcz@yahoo.com
    9. perumahan_pcz@yahoo.com
    10. ekonomi_pcz@yahoo.com

Pihak PCZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli semua atas komitmen untuk menjayakan pelaksanaan sistem baru group facebook ini. Ini adalah salah satu usaha kami untuk menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan dan sistematik.

Disediakan oleh :

Muhammad Adib bin Omar,
Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

Nurul Farhana binti Zainudin,
Timbalan Ketua Unit Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012. 

Tinggalkan komen anda