Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Penubuhan Unit Bait Muslim (UBM) PCZ

Penubuhan Unit Bait Muslim (UBM) PCZ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta isteri-isteri daripada jenismu sendiri untuk kamu supaya kamu cenderung dan berasa tenteram terhadapnya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’ (Surah Ar-Rum : 21)

Bismillahirrahmanirrahim…

Antara fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah ialah saling memerlukan antara lelaki dan perempuan. Namun begitu, sejauh mana kita sebagai manusia berusaha mencapai fitrah itu dengan menggunakan jalan yang betul dan diredhai olehNYA.  Setelah dipersetujui dalam Mesyuarat AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2012 Kali ke-4 bertarikh 6 Mac 2012 dengan ini diumumkan penubuhan Unit Bait Muslim (UBM) PCZ yang bernaung dibawah Jabatan Pengerusi PCZ.

Ahli mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Saudara Syamsul Bakri b Osman sebagai Ketua Unit pertama dan dibantu oleh Saudari Nur Syafiyyah bt Mukhidi sebagai Timbalan Ketua Unit. Unit ini dianggotai oleh semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig yang sudah berumahtangga. Unit ini juga berfungsi sebagai pemudah cara untuk ahli-ahli PCZ yang lain untuk mencari pasangan hidup masing-masing dengan cara yang betul dan dituntut oleh Islam.

Berikut adalah senarai ahli PCZ yang telah berumah tangga:

  1. Syamsul Bakri bin Osman
  2. Abdul Hadi bin Mohd Zuki
  3. Mohd Hakimi bin Abdullah
  4. Mohd Irfan Aqli bin Abdullah
  5. Mohd Shafiq bin Paridin
  6. Nik Mohd Abduh bin Nik Mohd Nor
  7. Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim
  8. Mohd Farid Iskandar bin Mamad
  9. Mohamad Zubir bin Ahmad
  10. Amirul Islam bin Yusuf
  11. Farhuda Zulaikha binti Dol @ Abdul Wahid
  12. Nurul Najuwa binti Sazali
  13. Safiyyah binti Aminudin
  14. Nur Syafiyyah binti Mukhidi
  15. Nur Atikah binti Adnan @ Admam
  16. Waehalimoh binti Jusoh
  17. Noor Atiqah binti Ismail Suhaimy
  18. Farahiyah binti Abrahan Peintkowsky
  19. Fatin Farhana binti Che Wil
  20. Nur Izzati Binti Ahmad
  21. Husna binti Mohd Ibrahim
  22. Siti Munirah binti Abd Rashid

Semoga dengan tertubuhnya unit ini menjadi jambatan kepada semua mahasiswa-mahasiswi Sains Kesihatan dibumi Zagazig ini untuk mencari pasangan masing-masing dengan cara yang betul dan tidak melanggar syariah sebagaimana yang dituntut oleh agama. Akhir kata, marilah sama-sama kita melihat dan menghayati kasih saying yang Allah berikan kepada hambanya untuk saling melengkapi anatara satu sama lain.

Wallahua’lam…

Sekian,

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUWAN BERBAKTI TEGUH SEHATI”

Yang benar,

 

ABD HAKIM BIN MOHD SUHIMIN

Tahun 3, Kuliah Perubatan, Universiti Zagazig.
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig,
Sesi 2012.

Tinggalkan komen anda