Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Penangguhan Program

Penangguhan Program

Bismillahirrahmanirraheem

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT,  selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, alhamdullilah, sekali lagi mahasiswa mahasiswi Sains Kesihatan di bumi Zagazig sama ada pelajar Perubatan ataupun Farmasi, masing-masing akan menghadapai peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Kehangatan kedatangan musim peperiksaan ini sudah pun dirasai oleh hampir semua mahasiswa/wi disebabkan oleh banyaknya peperiksaan  kecil yang disusun oleh kebanyakkan jabatan di Universiti sebagai salah satu usaha persedian bagi menempuh peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ), telah menetapkan penangguhan setiap program bagi seluruh ahli PCZ  adalah berkuatkuasa pada 8 APRIL 2012. Segala program akan ditangguhkan sehingga tamat peperiksaan akhir tahun. Pengecualian beberapa program akan diberikan kepada beberapa kes istimewa hanya setelah mendapat kelulusan daripada PANITIA PERANCANG PCZ. Antara program yang akan berjalan sepanjang musim peperiksaan adalah program berbentuk akademik dah rohani untuk membantu mahasiswa/wi dalam membuat persedian yang rapi bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Antaranya ialah:

  1. Exam Fever Campaign (EFC’ 12) , Anjuran Unit Akademik dengan kerjasama Unit Pembanggunan Insan dan Unit Sukan dan Aktiviti Luar PCZ
  2. Smart Circle Amali , Unit Pembangunan Insan PCZ

Justeru, kami di pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) menyarankan agar setiap ahli meletakkan prioriti dan keutamaan kita sebaiknya. Gunakan nikmat masa yang Allah berikan kepada kita sebaiknya, dan jangan sesekali kita mengkufuri nikmat ini dengan mengisinya dengan perbuatan-perbuatan yang melalaikan apatah lagi dengan melakukan perkara-perkara yang haram, nauzubillah. Sama-sama kita lipat gandakan usaha kita sepanjang tempoh yang berbaki ini dan pada masa yang sama, kita tingkatkan amal ibadah kita dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya sama-sama kita teguh dan eratkan kebersamaan kita dengan doa yang berterusan untuk diri sendiri, dan untuk seluruh sahabat sahabiah ahli PCZ yang lain agar kejayaan yang cemerlang diperoleh bersama, insyaAllah.

“Bersama meningkatkan momentum kecemerlangan”

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

 

Naim Sarfaraz Ahmad
Timbalan Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2012

Tinggalkan komen anda