Home > Menu > Iklan > PROF| PERUBATAN Frontliners Council

PROF| PERUBATAN Frontliners Council

PENGENALAN PROF :

1. PROF adalah singkatan kepada PERUBATAN Frontliners Council atau dalam bahasa melayunya dipanggil “Jawatankuasa Sukarelawan  PERUBATAN”

2. PROF adalah dibawah seliaan atau kelolaan Jabatan S/U Agung PERUBATAN.

3. Fungsi  utama PROF :Menyelaras pengurusan sumber tenaga ahli PCZ.

4. Keanggotaan PROF :terbuka kepada semua ahli PCZ yang ingin menjadi sukarelawan untuk membantu menggerakkan  program-program dan gerak kerja PCZ secara sukarela.

5. Fungsi PROF :

  • Medium untuk ahli salurkan sumbangan tenaga dan idea melalui aktiviti persatuan
  • Sebagai pemusatan untuk menyelaraskan tenaga kerja ahli
  • Sebagai pusat penyediaan latihan bagi bidang-bidang pengurusan
  • Mengawal kualiti dan prestasi perjalanan persatuan,penambahbaikan kelancaran program dan aktiviti PCZ.
  • Sebagai mengawal permasalahan yang melibatkan ‘survival’ PCZ di bawah pantauan kepimpinan tertinggi PCZ.

6. PROF sebagai medium terbaik untuk ahli saling memberi dan menerima, menyumbang idea serta saling belajar dan mengajar.

7. Ahli bukan sahaja boleh menyumbang kepada bidang yang menjadi kepakarannya sahaja, malah ahli yang berminat untuk menambah kemahiran baru dalam bidang yang tidak pernah diceburi dan berminat untuk menambah kepakaran dalam pelbagai bidang juga dialu-alukan.

 8. Antara bidang-bidang kemahiran yang tersedia adalah:

  • Kesetiausahaan
  • Perbendaharaan
  • Masakan
  • Jualan
  • Multimedia (Photoshop, Movie Maker dlll)
  • Teknikal (P.A System dll)
  • Fotografi
  • Akademik dan pendidikan (tutor,tajwid Al-Quran dll)
  • Pengacaraan
  • Pengurusan
  • Rekreasi/sukan
  • Hiasan tempat
  • Pidato/berucap
  • Dakwah/biah solehah
  • Kemasyarakatan

**Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 30/4/2012 dan Segala gerak kerja PROF akan bermula setelah tamat semua ‘final exam’.

Firman Allah ;

“Dan bertolong-bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam kejahatan dan dosa.” (al-Maaidah: 2)

Hadis Rasulullah  :

“Keadaan yang paling aku senangi setelah berjihad di jalan Allah adalah maut datang menjemputku ketika aku sedang mencari karunia Allah (bekerja).” (HR. Sa’id bin Manshur dalam sunannya)

 

 

3 comments

  1. tambahan bidang2 kemahiran yg ditawarkan :
    -pengacaraan
    -pengurusan
    -rekreasi/sukan
    -hiasan tempat
    -pidato/berucap
    -dakwah/biah solehah
    -kemasyarakatan

Tinggalkan komen anda