Home > Menu > Berita > Saringan untuk pemilihan kontijen, kehangatan PSD semakin terasa

Saringan untuk pemilihan kontijen, kehangatan PSD semakin terasa

Zagazig, 10 Mac 2012 – Semangat PERUBATAN Sport’s Day (PSD) tampaknya semakin hangat. Ramai yang turun padang bagi memeriahkan  acara pemilihan bagi peserta-peserta akhawat yang bakal mewakili Zagazig dalam PSD yang akan berlangsung 23 Mac ini.

Acara pemilihan ini telah dijalankan di Istad Gamaah, MTA bermula lebih kurang dalam pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang tadi. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola keranjang, bola baling, bola jaring, bola tampar, futsal, balapan, Sudoku dan catur.

Bagi acara balapan, rekod larian terpantas dipegang oleh pelajar tahun 2 yang bernama Dayana Nali dengan catatan masa 15.45 saat. Manakala, bagi acara Sudoku pula, hanya dua orang pelajar yang berjaya melepasi peringkat akhir, iaitu pelajar tahun 3 yang bernama Sara Nabila Azmi, dan pelajar tahun 1 yang bernama Nuha binti Nara.

Kepada para pelajar akhawat yang tidak berkesempatan untuk datang ke acara pemilihan pada hari ini, usah bersedih hati dan berputus asa kerana pemilihan untuk beberapa acara akan diteruskan pada hari esok bersamaan dengan 11 Mac juga di Istad Gamaah.  Jangan lupa datang!

Fikirkan boleh!

“Together We’ll Glorify This Moment”

Yang menjalankan tugas,

Liyana Khalisa binti Kula,
Timbalan Ketua Jabatan Liputan,
Unit Penerbitan dan Penerangan PCZ 2012.

Layari laman web rasmi PERUBATAN Sport’s Day

Tinggalkan komen anda