Home > Menu > Berita > Masalah kulat mendorong perpindahan rumah mahasiswi

Masalah kulat mendorong perpindahan rumah mahasiswi

Zagazig 8 Mac 2012, –  3 buah rumah telah dikunjungi oleh Unit Perumahan hari ini bagi memenuhi permintaan ahli yang berpindah  ke imarah baru di belakang Istad Gamaah. Ahli siswi daripada ketiga-tiga buah rumah yang sebelum ini menetap di Imarah Baba Hamdan (MTA) mengambil keputusan untuk berpindah berikutan masalah pertumbuhan kulat yang semakin menjadi-jadi dan menggugat keselesaan mereka.

 

Urusan perpindahan bermula pada pukul 4 petang. Sebuah Chevrolet telah disewa untuk urusan pengangkutan ini. Perpindahan serentak 3 buah rumah ini melibatkan perkakas dan barang –barang yang lebih banyak tidak seperti sebelumnya, tidak mematahkan semangat ahli yang turut membanting tulang memudahkan kerja perpindahan. Proses perpindahan berakhir kira-kira pukul 7 petang. Kelewatan ini disebabkan oleh tuan rumah Imarah Baba Hamdan yang mengarahkan pembersihan dilakukan pada rumah-rumah ahli yang berpindah. Walau kepenatan, kegembiraan jelas  terpancar di wajah masing-masing yang membantu aktiviti gotong-royong ini. Perpindahan ini boleh disifatkan sebagai perpindahan yang meriah kerana ahli bukan sahaja membantu dalam urusan perpindahan malah turut sama menjalankan gotong royong membersihkan rumah lama ahli.

 

Sekali lagi Unit Perumahan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses perpindahan. Masa dan tenaga yang dikorbankan hanya ALLAH S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Kepada ahli – ahli yang baru berpindah,  berkat kesabaran anda menunggu masa untuk berpindah terbayar dengan rumah baru yang sangat selesa dan cantik. Diharapkan ukhuwah antara ahli dapat dikekalkan dan terpelihara di kalangan penduduk Zagazig.

“Rumah Selesa, Ibadah Terjaga”

Disediakan oleh: 
Siti Aishah Bt Md Radzi,
Setiausaha Unit Perumahan PCZ 2012.

Anda mempunyai masalah berkenaan dengan perumahan? Sila rujuk Direktori Unit Perumahan untuk tindakan lanjut..

One comment

  1. bukan masalah dengan kulat je.. dengan tuan rumah pon.. dah dah la letak pelajar baru kat situ, buat kacau emosi je.. aku dah kata dah dulu jangan letak, depa letak juga. pesen tak mendengar kata payah betul. langsung tak ambil cakna.. 

    bukan AQ pon ada tolong ke? asal nama AQ tak naik? 

Tinggalkan komen anda