Home > Menu > Berita > Laporan “Second Annual Students’ Scientific Conference Program”

Laporan “Second Annual Students’ Scientific Conference Program”

ZAGAZIG, 12 Mac 2012- Persatuan Saintifik  Pelajar Perubatan Universit Zagazig (ZMSSA) dengan kerjasama  pihak Fakulti Perubatan Universiti Zagazig telah mengadakan satu program yang dinamakan 2nd Annual Students’ Scientific Conference Program. Bertempat di dewan Hospital Pembedahan Universiti Zagazig, program ini turut melibatkan beberapa orang pelajar Malaysia dan Arab Mesir dari universiti yang sama. Antara wakil pelajar Malaysia yang membentangkan kajian adalah  Mohd Hanif bin Omar (An Essay on Patient Safety), Maisarah binti Mahmood (Overview on Malaysian Health Care System and Common Diseases among the Population), Adilaa Syamimi binti Razali dan Haziq Aiman bin Hanim Razak (Patient Safety among Orang Asli in Malaysia).

Majlis persidangan yang pada mulanya agak lengang turut dihadiri oleh Profesor Dr. Usamah Kamhawy, Ketua Koordinator pelajar Malaysia serta beberapa orang tenaga pelajar yang lain. Juga tidak ketinggalan, Ketua Unit Akademik, Mohd Zakhiruddin bin A. Bakar turut hadir sebagai pemerhati.

Salah seorang profesor yang turut hadir pada majlis tersebut mengatakan bahawa 

program pertandingan pembentangan kajian seperti ini hendaklah selalu diadakan bagi memberi peluang kepada para mahasiswa membentangkan kajian dan mengutarakan idea mereka serta menggalakkan budaya membaca dan mengkaji  dalam kalangan pelajar itu sendiri.

Persidangan berakhir pada pukul 3.15 petang. Keputusan pertandingan berkemungkinan akan diumumkan pada 15 Mac 2012 oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh :

Setiausaha Unit Akademik 2012

Tinggalkan komen anda