Home > Menu > Berita > Laporan Persembahan Kumpulan Nasyid In-Saff

Laporan Persembahan Kumpulan Nasyid In-Saff

ZAGAZIG – Mac 15, 2012: Kumpulan Nasyid In-Saff yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar Malaysia di bumi Zagazig ini telah mengadakan satu persembahan di depan Kuliah Perubatan Universiti Zagazig pada pukul 2 petang tadi. Bedaya Family, salah sebuah persatuan pelajar Mesir di Universiti Zagazig telah menganjurkan satu program yang berlanjutan hampir seminggu. Pada hari terakhir prograram itu,  mereke telah meminta pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) untuk  menghantar satu kumpulan mewakili pelajar Malaysia di bumi Zagazig untuk mengadakan persembahan. Kumpulan Nasyid In-Saff ini dibarisi oleh Ustz Zainullah , Ustaz Zul Haiqal, Dr Mohd Bukhari Muslim dan Dr Wan Arislan.

Kumpulan In-Saff telah menyampaikan tiga buah lagu antaranya ialah Az-Ziarah dan InsyaAllah. Semua pelajar tempatan yang berada disitu terhibur dengan persembahan selama 20 ke 30 minit itu. PCZ berharap dapat terus menjalinkan kerjasama yang kerap dengan persatuan-persatuan pelajar Mesir di universiti Zagazig selepas ini agar dapat kita perolehi manfaat bersama, insyaAllah.

Sekian.

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD RAZALI

Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

Tinggalkan komen anda