Home > Menu > Berita > Laporan Mesyuarat Bersama Koordinator Pelajar Perubatan Malaysia

Laporan Mesyuarat Bersama Koordinator Pelajar Perubatan Malaysia

ZAGAZIG, 10 Mac 2012- Satu mesyuarat di antara AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) dan koordinator pelajar Malaysia telah diadakan di bangunan outpatient tingkat 4, Hospital Universiti Zagazig pada pukul 10 pagi tadi.

Empat daripada tujuh koordinator pelajar Malaysia hadir pada pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr. Usamah Kamhawy, Dr Nagwa (Koordinator tahun 1), Dr Amirah Wali (Koordinator Tahun 3), Dr Manal (Koordinator Tahun 4). Manakala PCZ diwakili oleh Pengerusi, Abd. Hakim Bin Suhimin, Timbalan Pengerusi 1 dan 2, Naim Bin Sarfaraz Ahmad dan Fatmatul Zahrah Binti Mat Zin, Setiausaha, Mohd Syahmi Amir Bin Md. Razali, Bendahari, Mohammad Nor Shafiq Bin Mohd Mazny, Unit Akademik, Mohd Zakhiruddin Bin A. Bakar dan Siti Nurshakirah binti Yaacob, serta Unit Kebajikan, Marwan Bin Muhammad dan Nor Ain Binti Bahori.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam setengah itu membincangkan segala masalah, pandangan serta cadangan kepada pihak universiti dari sudut akademik dan kebajikan pelajar. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai masalah kehadiran ke kelas yang timbul dalam kalangan pelajar. Pihak PCZ bertanyakan tentang status pelajar-pelajar yang namanya dipanggil oleh department tertentu baru-baru ini, sama ada mereka benar-benar tidak akan dibenarkan untuk memasuki peperiksaan akhir tahun nanti. Respon yang diberikan oleh pihak koordinator ialah, disebabkan ingin membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir inilah, mereka mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan pelajar-pelajar tersebut pada hari ini (pada hari yang sama telah diadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kuliah), untuk bertanya sendiri kepada para pelajar tentang rekod kehadiran mereka agar pihak koordinator dapat membantu mereka dari beberapa aspek dengan budi bicara mereka. Namun, Dr Usamah menyatakan kekesalan beliau dengan sikap segelintir pelajar yang gagal menghadirkan diri pada perjumpaan bersama pelajar yang tidak hadir tersebut, walaupun mereka telah dipanggil secara individu. Selain itu, pihak PCZ  juga meminta agar universiti dapat menyediakan format peperiksaan akhir tahun dan skema jawapan kepada pelajar bagi memudahkan pembelajaran pelajar.DSCN4096.jpg

Dari sudut kebajikan pula, Unit Kebajikan meminta agar pihak universiti dapat mengkaji semula masalah berkaitan pemberian kernih (kad pelajar) kerana terdapat beberapa pelajar yang masih tidak mendapat kernih sehingga ke hari ini. Selain itu, terdapat beberapa cadangan yang dibawa oleh PCZ utk manfaat ahli sendiri, seperti penubuhan mini library atau Malaysian Student Room yang dilengkapi dengan kemudahan komputer, mesin fotostat, scanner dan lain-lain, seterusnya pemberian diskaun untuk mendapat rawatan di hospital swasta, serta beberapa perkara yang lain.

Menurut Dr. Usamah, segala cadangan, pandangan dan muhasabah yang diberikan akan diperbincangkan oleh pihak universiti selepas ini. Koordinator pelajar Malaysiadan PCZ sendiri berharap agar pertemuan seperti ini akan lebih kerap diadakan agar pengurusan, akademik dan kebajikan pelajar Malaysia di universiti dapat diperbaiki dari masa ke masa untuk kebaikan semua pihak. Pihak PCZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada para koordinator pelajar Malaysia atas kesudian meluangkan masa untuk pertemuan ini.

Disediakan oleh,

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD RAZALI
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012.

[finder]Galeri Mesyuarat Bersama Koordinator Pelajar Perubatan Malaysia [/finder]

Tinggalkan komen anda