Home > Majlis Tertinggi > Batch Panelist Council (BPC)

Batch Panelist Council (BPC)

Apa itu BATCH PANELIST COUNCIL (BPC)?

BPC merupakan sebuah majlis khas dibawah Jabatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) yang dianggotai oleh wakil-wakil bagi setiap batch dari Fakulti Perubatan dan Farmasi Universiti Zagazig.

Apakah objektif penubuhan BPC?

Antara objektif yang digariskan untuk menubuhkan majlis ini adalah:

  1. Memudahkan ahli menyalurkan pandangan kepada pimpinan melalui wakil-wakil batch.
  2. Memudahkan PCZ menyalurkan maklumat kepada semua ahli.
  3. Memastikan kebajikan semua ahli dapat dijaga.
  4. Mengukuhkan hubungan persaudaraan antara batch masing-masing dan batch lain.

Siapakah yang layak menjadi ahli BPC?

Semua ahli PCZ kecuali AJKT layak menjadi wakil batch masing-masing. Walau bagaimanapun, AJKT PCZ menetapkan kriteria-kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Berakhlak dengan akhlak Islam.
  2. Komitmen yang baik dengan PCZ.
  3. Sanggup menerima tanggungjawab sebagai wakil batch.

Penilaian tersebut diserahkan kepada ahli-ahli bagi setiap batch untuk menilai.

Bagaimana cara pelantikan BPC?

Pelantikan BPC untuk permulaan akan dilantik melalui Interbatch Meeting yang akan diadakan bagi setiap batch. Ia berlaku selepas diadakan pencalonan umum dan pengundian semasa perjumpaan tersebut. Hanya ahli yang hadir sahaja layak untuk dicalonkan dan diundi untuk mewakili batch masing-masing dalam majlis ini. Ahli majlis bagi setiap batch adalah seperti berikut:

  1. Fakulti Perubatan : 4 orang setiap batch (2 siswa, 2 siswi)
  2. Fakulti Farmasi : 2 orang setiap batch (1 siswa, 1 siswi)

Class Presiden (CP) dan Class Vice President (CVP) tidak semestinya dilantik mengangotai majlis ini, walau bagaimanapun, mereka layak untuk dicalonkan dan diundi.

Apakah bidang tugas BPC?

BPC bertindak wakil PCZ menyampaikan apa-apa maklumat kepada batch masing-masing. Disamping itu mereka juga bertindak sebagai panel bagi setiap batch dan mewakili suara batch untuk diutarakan kepada PCZ. Ahli majlis ini diletak terus dibawah Jabatan Pengerusi yang mana merupakan Jabatan terbesar dalam institusi PCZ. Suara mereka akan dibawa terus kepada Pengerusi PCZ untuk diambil tindakan susulan berdasarkan keadaan tertentu.

Apakah kelebihan ahli apabila tertubuhnya BPC?

  1. Suara ahli sampai terus kepada pimpinan atas PCZ melalui panel yang dilantik bagi setiap batch.
  2. PCZ dapat memberi bantuan kebajikan dengan pantas kepada semua ahli dengan informasi dan makluman daripada panel yang dilantik.
  3. Cadangan program dan aktiviti bagi setiap batch atau gabungan batch dapat dilaksanakan hasil pandangan dan perbincangan dengan panel yang dilantik.
  4. Menyatukan hubungan antara batch dan batch yang lain.

Apakah dengan penubuhan BPC akan menjejaskan organisasi Academic Council?

Academic Council diletakkan dibawah Unit Akademik yang mana menggabungkan semua ketua kelas bagi setiap batch dan fakulti. Bidang tugasnya hanya berkaitan dengan hal elwal akademik semata-mata dan menjadi penghubung antara pelajar, Ketua Unit Akdemik dan pensyarah. Tetapi BPC diletakkan dibawah Jabatan Pengerusi dan berfungsi sebagai wakil bagi setiap batch untuk setiap perkara, bukan sahaja akademik bahkan kebajikan, kesihatan, sukan dan lain-lain yang dirasakan perlu untuk setiap batch.

Tinggalkan komen anda