Home > Menu > Berita > Batch Panelist Council (BPC) : Inisiatif Terbaru PCZ

Batch Panelist Council (BPC) : Inisiatif Terbaru PCZ

Zagazig, 10 Mac 2012 – Interbatch meeting fasa pertama bersama pelajar-pelajar Farmasi hari ini dan bersama para pelajar Perubatan tahun akhir pada 8 Mac yang lalu telah selesai dengan jayanya.

Sesuai dengan tema “Spread our ukhuwah”, perjumpaan yang bermatlamat mengeratkan hubungan sesama ahli batch umumnya berakhir apabila selesai slot kemuncak iaitu pemilihan wakil Batch Panelist Council (BPC) di bawah kelolaan Jabatan Pengerusi yang dipilih melalui undi majoriti.

BPC berperanan membawa suara ahli-ahli batch terus kepada Jabatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ). Ini dilihat sebagai medium terbaik bagi ahli menyalurkan sebarang pandangan, cadangan atau pemasalahan tanpa menghadapi proses birokrasi yang banyak dan mungkin menyulitkan.

Selain itu, turut diadakan slot ramah mesra bersama AJKT pada awal sesi perjumpaan tersebut bagi mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Kemudian, slot muhasabah dan cadangan suku penggal bagi PCZ sesi 2012 dibuka.

Interbatch meeting yang seterusnya akan diadakan bersama para pelajar Perubatan tahun 1 pada 14 Mac manakala bagi tahun 2, 3 dan 4 akan diumumkan dalam masa terdekat melalui PERUBATAN Online (PO).

Semoga perjumpaan ini menjadi titik tolak bagi memperkemaskan lagi gerak kerja keseluruhan PERUBATAN Cawangan Zagazig terutamanya dari segi kesatuan, akademik dan kebajikan.

Pihak mediaPERUBATAN menyeru agar semua ahli dapat memberikan komitmen yang baik demi menjayakan matlamat persatuan milik kita bersama.

 

Tinggalkan komen anda