Home > Menu > Berita > Rumah Selesa, Ibadah Terjaga

Rumah Selesa, Ibadah Terjaga

Zagazig, 26 Februari : ‘Yang berat sama dipikul ,yang ringan sama dijinjing’. Satu perpindahan ahli akhawat daripada 2 buah rumah ke sebuah imarah yang baru siap berhadapan dengan Imarah Sawah telah dijalankan. Perpindahan ini melibatkan 3 orang ahli dari Imarah Baba Hamdan (MTA) dan 2 orang ahli dari Imarah CC Zoom (Salam Sadnawi).

 

Proses perpindahan bermula pada pkul 4.20 petang yang dimulakan dengan menurunkan barang-barang oleh kumpulan akhawat yang membantu iaitu seramai 7 orang. Beberapa minit kemudian, kumpulan ikhwah tiba untuk memberi pertolongan. Seperti biasa, perkhidmatan Chevrolet digunakan bagi memudahkan perpindahan barang.

Dengan kerjasama baik antara ahli yang membantu, proses perpindahan berjalan dengan lancar dan berakhir  pada pukul 6.13 petang. Unit Perumahan PCZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli ikhwah dan akhawat yang ‘turun padang’ bagi membantu memudahkan kerja-kerja perpindahan. Sememangnya, amalan bantu-membantu dapat kita lihat sebagai batu loncatan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli. Semoga ahli yang berpindah ke rumah baru berpuas hati dan cepat menyesuaikan diri dalam menentukan riak warna  kehidupan di rumah baru. Akhir kalam, “Rumah Selesa, Ibadah Terjaga”.

Disediakan oleh,

Siti Aishah Bt Md Radzi

Setiausaha ,Unit Perumahan PCZ 2012.

Tinggalkan komen anda