Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Laporan PSD ’12 Akhawat

Laporan PSD ’12 Akhawat

Pada tanggal 23 Februari yang lalu, telah tercatatnya satu kenangan dalam kalendar PERUBATAN yang mana menyaksikan telah berjalannya PERUBATAN Sports Day (PSD) 2012 dengan jayanya setelah pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan setinggi-tinggi lafaz kesyukuran pada Illahi atas nikmat masa dan kudrat yang dikurniakan kepada mereka yang terlibat.

Pada kali ini, ahli Perubatan Cawangan Zagazig telah  diberi penghormatan dan kepercayaaan untuk menjalankan gerak kerja bagi merealisasikan PSD 2012 dengan kerjasama penuh  PERUBATAN Pusat dan cawangan  yang bersandarkan pada tema ‘Together We’ll Glorify The Moment’.

PSD akhawat

Pada hari yang bersejarah ini,  Zagazig yang dikenali sebagai bumi Kuda Putih  telah menyaksikan sendiri  kemeriahannya apabila telah menerima  ketibaan satu-persatu bas yang membawa rombongan peserta dari 3 buah muhafazah lain; Tanta,Mansurah dan Kaherah pada seawal jam 6.30 pagi lagi dan tidak lupa rombongan kontigen tuan rumah Zagazig serta kontigen Iskandariah yang sudah berkampung semalaman di bumi Zagazig ini.

Warna-warni setiap kontigen serta maskot yang melambangkan kontigen masing-masing menambahkan lagi keceriaan awal pagi mereka di Stadium Gamaah Zagazig. Hari sukan ini bermula dengan pendaftaran setiap kontigen oleh setiap ketua dan diteruskan dengan perbarisan kontigen dan majlis perasmian. Antara tetamu jemputan yang turut hadir memberi sokongan dan semangat kepada ahli PERUBATAN adalah Preside PERUBATAN Wan Ahmad Hafizi Bin. Wan Ahmad Junaidi, En Shaiful Anuar B. Mohammad,Minister Councellor / Head Of Chancery, Embassy Of Malaysia, Prof Dr Mohamed Mahmoud Abdelul, selaku Presiden Zagazig University bersama Koordinator pelajar Malaysia dan Dekan Fakulti Perubatan.

Seusai perasmian oleh Prof Dr Mohamed Mahmoud Abdelul, para peserta dan pemerhati yang seramai 800 orang berpusu-pusu memenuhi setiap ruang permainan manakala para peniaga yang merupakan dikalangan pelajar sendiri pula turut sibuk untuk menguruskan gerai jualan masing-masing bagi memenuhi kepuasan pelanggan yang bakal hadir.

Pelbagai sukan dan permainan dipertaruhkan dalam PSD kali ini untuk menggalakkan keterlibatan pelajar dalam aktiviti luar mahupun dalam dan dalam masa yang sama objektif yang dirangkakan dapat dicapai bersama. Bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah ke 4.30 petang , acara-acara sukan dan permainan seperti futsal, bola keranjang, bala jarring ,indoor games, runnig girl , acara padang serta pelbai lagi giat dijalankan disetiap pelusuk stadium dengan diirinigi bersama celoteh para DJ dan dendangan halwa telinga daripada meja urusetia.

Seusai aktiviti sukan dan permainan berlangsung, diteruskan pula Talent Show di Dewan Muktamar Kubra, University Zagazig. Pelbagai persembahan seperti teater,nasyeed, zapin dan banyak lagi dipersembahkan memaparkan kreativiti serta kecaknaan ahli tentang isu-isu semasa terutamanya isu umat Islam lainnya.

Setelah berakhirnya pertandingan Talent Show,, maka tibalah pula acara kemuncak PSD ‘12 iaitu penyampaian hadiah kepada setiap pemenang. PSD12 kali ini menyaksikan piala pusingan PSD berjaya diraih oleh Juara PSD12 iaitu kontigen Kaherah yang mengungguli pelbagai acara yang dipertandingkan. Manakala naib juara pula disandang oleh kontigen Iskandariah dan tempat ketiga jatuh kepada tangan kontigen Tanta. Selesainya upacara penyampaian hadiah, para peserta dan tetamu yang hadir dihiburkan pula dengan persembahan daripada kumpulan Insaf yang terdiri daripada gabungan pelajar Al- Azhar dan perubatan di Zagazig dan juga sebagai persembahan penutupan bagi PSD 2012. Walaupun program yag dijalankan sepanjang hari dan pasti setiap yang hadir kepenatan, namun kenangan psd12 kali ini diharapkan menjadi kenangan yang indah bagi yang terlibat. Jumpa lagi pada PSD akan datang, insyaALLAH!

Disediakan oleh,

Noor Farihah binti Mokhtar,
Setiausaha,
PERUBATAN Sports Day Akhawat 2012.

 

Galeri PSD ’12 Akhawat

Tinggalkan komen anda