Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > Pelancaran Twitter PERUBATAN Cawangan Zagazig

Pelancaran Twitter PERUBATAN Cawangan Zagazig

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Sebagaimana yang diketahui, media massa merupakan sumber penyebaran maklumat yang terpenting mutakhir ini.  Justeru, Unit Penerbitan dan Penerangan (UPP) telah melancarkan akaun Twitter bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig. Inisiatif ini diambil berikutan penggunaannya yang begitu meluas dalam kalangan masyarakat PERUBATAN khususnya dan masyarakat dunia umumnya.

Antara objektif mewujudkan Twitter ini adalah : 

  1. Sebagai medium pengantara persatuan dan ahli
  2. Menyampaikan maklumat, berita dan perkongsian terbaru daripada PERUBATAN pusat dan cawangan

Dengan penambahan medium penghubung ini, sebarang makluman dan perkongsian ilmu daripada PERUBATAN akan mudah disampaikan seterusnya melancarkan gerak kerja pihak mediaPERUBATAN bagi mencapai matlamat yang digariskan untuk manfaat semua ahli PERUBATAN. Semoga moto “Informasi Berkualiti, Menjana Intelektualiti” bagi UPP sesi ini berjaya direalisasikan.

Perkembangan Twitter ini boleh diikuti di alamat  https://twitter.com/#!/PCZZagazig

Sekian, wassalam.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Muhammad Adib bin Omar

Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

 

 


 

Nurul Farhana binti Zainudin

Timbalan Unit Penerbitan Dan Penerangan

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012

 


                                                                                 

Tinggalkan komen anda