Home > Menu > Kenyataan Rasmi > PCZ Bersama Isu Umat Islam di Syria

PCZ Bersama Isu Umat Islam di Syria

Bismillahirrahmanirrahim…

Daripada Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan orang –orang mukmin dalam saling mencintai, sayang–menyayangi dan kasih-mengasihi seperti jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar.”(HR Bukhari dan Muslim)

Merujuk kenyataan rasmi Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq Hamdani bertajuk PERUBATAN Seru Ahli Cakna dan Bertindak Menghadapi Situasi Buruk Umat Islam Syria, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) tampil untuk bersama-sama membawa isu kezaliman dan penindasan  umat Islam Syria yang begitu dahsyat bagi umat Islam diseluruh dunia. Kezaliman pemerintah yang diketuai oleh Bashar Assad yang membunuh kanak-kanak dan wanita Islam dalam peristiwa berdarah itu amat tidak boleh diterima oleh nilai kemanusiaan apatah lagi agama Islam.

Hari demi hari, penindasan dan pembunuhan masih berterusan sehingga rasa terpanggil untuk kita sebagai saudara  seakidah untuk sama-sama merasai penderitaan yang dihadapi oleh saudara kita di bumiSyria.

Oleh yang demikian, Majlis tertinggi PCZ telah bersetuju untuk menjayakan Kempen SAVE SYRIA untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada ahli PERUBATAN dibumi Zagazig. Selain Itu, kutipan sumbangan untuk umat IslamSyria juga akan dilaksanakan dan sumbangan tersebut akan disalurkan melalui NGO Mesir yang bertanggungjawab untuk menyalurkan sumbangan tersebut kepada umat islam disana.

PCZ menyeru seluruh ahli untuk:

  1.  Solat hajat setiap hari dan mendoakan kesejahteraan umat Islam Syria.
  2. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini umat Islam Syria melalui media arus perdana.
  3. Memberi sumbangan kewangan kepada umat Islam melalui medium yang disediakan.

Segala maklumat mengenai kempen ini boleh diikuti perkembangan melalui laman web http://zaqaziq.perubatan.org atau group FB PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Marilah sama-sama kita memohon supaya Allah membantu umat Islam dibumi Syriadalam menghadapi  penindasan dari pemerintah yang zalim laknatullahi a’alaih. Semoga  usaha kecil yang kita lakukan ini dimakbulkan oleh Allah dan sama-sama meraikan kemenangan Islam seperti mana yang dijanjikan oleh Allah pada suatu hari nanti

ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM SYRIA

 

Sekian.

“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA,  AR-RAHMAH”

ABD HAKIM BIN MOHD SUHIMIN

PENGERUSI,

PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG

SESI 2012

Tinggalkan komen anda