Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > 29 Februari , 4 Tahun Sekali

29 Februari , 4 Tahun Sekali


1-  Bagaimana terjadinya 29 Februari ?

Pope Gregory XIII , pengubahsuai  takwim yang digunakan pada hari ini, iaitu takwim Gregory, juga dikenali sebagai takwim barat. Berdasarkan pergerakan bumi mengelilingi matahari, tempoh satu peredaran lengkap bumi mengelilingi matahari ialah sebanyak 365 hari. Walau bagaimana pun, terdapat empat tahun sekali berlakunya peredaran bumi sebanyak 365.25 hari dan ia dikenali sebagai tahun lompat kerana berlebihan sebanyak (1/4 hari). Takwim ini secara tidak langsung telah diterima pakai oleh kebanyakan negara di dunia.

 2-  Mengapa takwim kalendar ditukar?

Para ahli astronomi mendapati kalendar Julian (bersempena nama Julius Caesar) yang diterima pakai sejak 45 tahun sebelum Masihi melebihi tahun solar selama 11 minit, atau 24 jam setiap 131 tahun dan 3 hari setiap 400 tahun. Lebihan ini berjumlah 10 hari di antara 325 Masihi dan 1582 Masihi.

 3-Dunia pernah kehilangan 11 hari di tahun 1972

Kepulauan British dan semua tanah jajahan Inggeris termasuk Amerika gempar apabila rakyat yang masuk tidur pada 2 September, bangun keesokan harinya tarikh telah bertukar ke 14 September. Berlaku beberapa rusuhan di kawasan luar bandar kerana rakyat berpendapat bahawa kerajaan telahcuba menipu dengan mengurangkan 11 hari daripada hidup mereka. Beberapa siri kehilangan nombor ini juga dilaporkan di tempat lain.

 4- Sedikit sebanyak sejarah mengenai tahun lompat

1944 – Perang Dunia II : ‘The Admiralty Islands’ telah dicerobohi dalam Operasi Brewer yang                 diketuai   oleh Jeneral Amerika, Douglas MacArthur.
1960 – Satu gempa bumi diMorocco telah membunuh  lebih 3,000 oranqg dan hampir memusnahkan Agadir di bahagian selatan negara ini.

 2004 – Tsunami  yang melanda Lautan Hindi telah menyentuh daratan barat Semenanjung 

 Malaysia.

 5-Perbezaan Kalendar Hijrah & Masihi

Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat 25, mafhumnya : “Dan mereka tinggal dalam gua mereka selama 300 tahun dan (sebahagian) ditambah sembilan (tahun kepadanya).”

Ayat tersebut menunjukkan bahawa 300 tahun bagi tahun Masihi (sistem peredaran bumi mengelilingi matahari) menyamai 309 tahun Hijrah (sistem peredaran bulan mengelilingi bumi). Ini dapat dilihat apabila satu kitaran peredaran bulan mengelilingi bumi mengambil masa selama 29-30 hari menjadikan 354 hari setahun, iaitu kurang 11 hari daripada tahun Masihi yang berjumlah 365 hari atau 366 hari (tahun lompat).

Tinggalkan komen anda