Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Gangguan Pihak Luar Terhadap AHLAN ’11

Gangguan Pihak Luar Terhadap AHLAN ’11

Alhamdulillah, pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011 amat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya, AHLAN ’11 yang direncanakan khas untuk mahasiswa/wi baru sains kesihatan di bumi Zagazig dapat dilaksanakan mengikut perancangan walaupun di sana terdapat masalah yang berlaku di saat-saat akhir persiapan majlis tersebut. Namun begitu, majlis tersebut berjalan mengikut perancangan dan mencapai tujuan ianya diadakan.

Di kesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada beberapa pihak yang membantu dan memberikan kerjasama kepada kami baik secara langsung atau tidak langsung khususnya buat pihak pentadbiran Universiti Zagazig, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Education Malaysia Egypt, JPA, MARA dan PERUBATAN.

Berkaitan gangguan pihak luar terhadap program kami dengan mengadakan program atau jaulah pada tarikh dan hari yang sama dengan AHLAN ’11 iaitu pada 5 Oktober 2011, kami ingin melahirkan rasa kesal terhadap program yang bertembung dengan program kami atas sebab:

[1] Tindakan tersebut dilihat merupakan suatu tindakan yang kurang profesional. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diseru supaya mengkaji semula kesan tindakan ini yang dilihat sengaja untuk menyebabkan pertembungan program berlaku dan memohon maaf kepada pihak-pihak yang bertungkus lumus memerah keringat menjayakan program ini.

[2] Tindakan tersebut seolah-olah tidak menghormati pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang turut hadir bagi menyampaikan beberapa amanat dan pesanan dalam program ini yang juga merupakan wakil kepada kerajaan Malaysia yang menaungi dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia di bumi Mesir.

[3] Program AHLAN ’11 yang direncanakan adalah lebih utama dan penting kepada mahasiswa/wi baru sains kesihatan Universiti Zagazig berbanding program jaulah tersebut, yang mengandungi taklimat keselamatan dan kebajikan dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, taklimat berkaitan pengajian oleh Education Malaysia Egypt, taklimat dari fakulti perubatan dan farmasi oleh coordinator pelajar Malaysia, taklimat tajaan dari JPA dan MARA serta ramah mesra bersama PERUBATAN yang merupakan persatuan rasmi yang diiktiraf oleh Education Malaysia Egypt dan bertanggungjawab menjaga akademik serta kebajikan mahasiswa/wi sains kesihatan di Mesir.

[4] Program AHLAN ’11 sudah dirancang 2 bulan sebelum berlangsungnya program dan sudah diiklankan di seluruh media milik PERUBATAN Cawangan Zagazig berbanding jaulah tersebut yang baru sahaja diiklankan beberapa hari sebelum program AHLAN ’11 berlangsung. Di pihak kami, jaulah yang dibuat ini seolah-olah suatu tindakan sabotaj kepada program yang sangat penting yang sepatutnya disertai oleh seluruh mahasiswa/wi baru setibanya mereka di Mesir.

[5] Pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig telah cuba untuk berjumpa dan berunding dengan pihak terbabit sebelum bermulanya jaulah tersebut namun pihak penganjur mengelakkkan diri daripada dihubungi untuk melakukan perundingan dan tindakan ini seolah-olah menutup terus jalan perbincangan untuk kerjasama dalam tindakan antara gerak kerja PERUBATAN Cawangan Zaqaziq dan pihak penganjur terbabit.

Konklusinya, kami di pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig akan terus berbakti kepada seluruh mahasiswa/wi sains kesihatan di Mesir umumnya dan Zagazig khususnya dalam misi dan visi menjaga akademik, kebajikan dan keselamatan ahli walaupun dugaan dan cabaran yang mendatang memerlukan komitmen dan buah fikiran yang sangat teliti.

PERUBATAN Cawangan Zaqaziq juga berharap segala perkara dapat diselesaikan dengan kaedah rundingan dan kami sentiasa terbuka untuk apa-apa perbincangan yang sihat dan rasional antara kedua-dua pihak demi mengelakkan pergeseran dan pertembungan gerak kerja berlaku. Semoga kita semua terus dinaungi rahmat dan kasih sayang dari Allah, kuasa yang menentukan segala-galanya.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

 

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

 

MOHD BUKHARI MUSLIM BIN MOHD NADZIM

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2011.

21 comments

  1. gapo dio hok berlaku ni?

    • respon kepada Nik Athiqi, sebagaimana kenyataan rasmi pengerusi diatas, terdapat gangguan pihak luar semasa kami mengadakan program Jejak Ibnu Sina sempena AHLAN ’11 pada 5/10/11 yang lalu, menyebabkan ramai mahasiswa/wi tahun 1 yang tidak menghadiri program yang kami anjurkan ini, yang kami kira program yang sangat penting dan berguna kepada mahasiswa baru, memandangkan terdapat slot bersama Education Malaysia, JPA, MARA dan banyak lagi.

  2. Tindakan tersebut seolah-olah tidak menghormati pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang turut hadir bagi menyampaikan beberapa amanat dan pesanan dalam program ini yang juga merupakan wakil kepada kerajaan Malaysia yang menaungi dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia di bumi Mesir.

    sedih2…=(

  3. Allah lebih mengetahui niat hambanya. so kite tak payah la nak salahkan sesama saudara kite sendiri. kite dok kat bumi anbi’a ni mesti la harus saling tolong menolong antara satu sama lain bukannya menyalahkan sesama sendiri. kite mesti ikhlas dalam ape jua yang kita buat. kalau ikhlas takde nye lah korang nak salah kan pihak lain jugak kan. so masing2 ada kelemahan n kekurangan. b a mactured thinking. okay? kite pun muhasabah balik diri kite, tanya diri kite,  adakah kita juga tak pernah  mengangu orang lain? tepuk dada tanya iman. nauzubillah. okay assalamualaikum.

    • uiks? yang diorang tau ade program rasmi laen tapi dok buat program laen pada hari yang sama tu mature ke? ke profesional? ikhlas? pengarang pun kate program ni dah awal2 dirancang dan diiklankan. kenapa mesti nak buat juga pada hari tu. benda ni pun banyak kali dah jadi. kat muhafazah laen pun same

      memang tak nafi kedua2 pihak pun perlu muhasabah balik kesilapan masing2. ada kelemahan dan kekurangannye. tapi kalau benda2 macam ni boleh dielakkan, kenapa taknak elak? bila timbul kekeruhan mula la bergaduh. tak best la camtu kan

      sahabat2 yang ana kasihi, tolonglah, janganlah kita dok menyemarakkan lagi perpecahan dalam kalangan kita semua

    • rasanya,artikel ni tak menyalahkan mana-mana pihak.diorang cuma menyatakan kekesalan,kenapa jadi mcm tu.niat tuh,memasing punya hal.sy setuju penyataan saudara/ri ahlan ttg “mesti la harus tolong menolong antara satu sama lain dan bukannya menyalahkan sesama sendiri”,jd isu ni tak seharusnya timbul,andai “pihak luar” tersebut,sama2 mengimarahkan majlis n sama2 promote kpd adik2 baru ni ntuk program yg dah dirancang ni.

      siapa kita nak menentukan keikhlasan amalan seseorang atau sesebuah organisasi tu.kenapa ayat ni perlu ada”kite mesti ikhlas dalam ape jua yg kita buat,kalau ikhlas takdenye lah korang nak salahkan pihak lain jugak kan”.pasal kisah ungkit-mengungkit ni,kaji balik adab-adabnya.

      mature dan profesional ada bezanya.ye,menjadi matang bukan bererti kita dah profesional.tp,kebiasaannya,orang yg profesional,matang jiwa dan pemikirannya.insyaAllah.jadi,fikir-fikirkan balik,sama ada kenyataan rasmi ini,sebagai MENYALAHKAN,atau menyatakan kekesalan.semua pun terletak pada mind setting kita as pembaca.perceivelah sebaik yang mungkin.

      • u perasan tak ape yang u cakap kena kat u balik? mungkin u tak persan tapi… hanya pada Allah kita mampu berserah. Dia lebeh mengetahui niat setiap hambanya. assalamualaikum.

  4. Hamba Allah yang Hensem :D

    kalo orang dah ta nk pegi program takyah la pakse .. kalo pakse jugak , name nye ta ikhlas pergi .. bukan dpt pahala sebaliknye dapat dosa je sbb mngumpat dalam hati ,, ()maaf ye .. kalo takdejaulah pun , tak semestinye semua orng hadir ke sane .. mybe nk tido ke .. nk g jalan2 kat bndar zagazig .. huhuhu jangan marah , kite kan umat islam .. :D:D

    • Ahlan tu bukan pakse pun, xpernah ade tulis lam iklan atau statement yang memaksa kehadiran mahasiwa/wi baru ke porgram Ahlan ’11.. mmng kita x nafikan, xkan full 100% yg akan hadir, meybe ada yg malas (diri sendiri), tpi sebab program jaulah tu sebabkan lagi ramai yg xhadir.. camne tuh????

      • awak tau mana disebabkan jaulah tu? nauzubillah. sy taknak cakap ape2. korang punya cara tu tak betul. korang je asyik perasan je yg korang tu betul. kita da besar, masing2 ade hak sendri samada mau pergi atau tak. so lantak dorang la nak pegi ke tak. tolong laa jgn salahkan jaulah ke ape ke, tp slahkan diri korang yang suka salahkan pihak lain. dah orang tanak sokong korang dah la. dorang pun tau yg mana baik yg mana tak. korang ni la. serious i cakap korang ni buat somthing bersebab. sory la kalau korang terasa. oky wassalam. moga kita bersama sama menju kebaikan hakiki. insyaAllah.

    • lagi hujah agama untuk menghalalkan cara…. sudah-sudahlah tue…. Program PERUBATAN ini dirancang untuk kebaikan adik-adik yang baru sahaja tiba & bagi PERUBATAN ia amat bermanfaat untuk keberlangsungan hidup mereka disini. Maka yang sebaiknya, pihak luar yang terlibat HARUS (WAJIB mungkin??) menghormati segala apa yang telah dirancang kerana motifnya adalah untuk kebaikan para pelajar. Kenapa hrus bertembung program? KITA KAN UMAT ISLAM…. Bukankah ISLAM itu mengajar umaatnya untuk saling menghormati?? Mengharap PERUVATAN untuk menghormati, sedang mereka?? muhasabah kembali gerak kerja ‘dakwah’ anda.. wallahu’alam

  5. to ahlan: tolong apa??tolong kacau org nak buat program??sudah2 tu kalo nak tarik pelajar pon..rilek2 la dulu..camne saling nak tolong menolong kalo wak perangai camni??niat tu satu hal tindakan tu satu hal..klu mencuri tp niat nak bg kat fakir miskin pon xboleh kan??kiranya pihak luar tu ikhlas la sbb xmenyalahkan org lain??matured thinking ke camni??ayat yg sama soh muhasabah la..tanya iman la..tp xpernah pula pihak satu lg tu buat sedemikian..tolongla klu nak tgk perpaduan baik antara kita semua..TOLONG BUAT JUGA APA YG KAMU KATAKAN..bukannya kamu mengharapkan kami shj yg buat demikian sedangkan kamu hanya pandai berbicara!

  6. kepada ahlan,

    kenyataan ini bukan menyalahkan pihak lain…. PERUBATAN melahirkan rasa kesal dengan apa yang terjadi & mengajak agar mana-mana pihak yang terlibat untuk muhasabah kembali apa yang telah direncanakan selama ini. Hujah menggunakan stand agama (semua orang tahu hanya Allah mengetahui niat hambaNya) hanya untuk menghalalkan cara dalam mencapai matlamat adalah sama sekali perlu dijauhi agar kedua belah pihak peroleh kata sepakat. Check & balance itu perlu Andai ikhlas nasihat yang diberikan, maka terimalah seadanya & akuilah kesilapan yang dilakukan. Fitrah manusia dalam melahirkan rasa kekesalan atas perkara yang tidak diingini berlaku amat perlu supaya kita sentiasa sedar dalam setiap langkah yang diatur. Diharap kita semua faham kondisi & situasi yang berlaku….. sekian, wallahu’alam.

  7. sedio pok luar tu?,nok tahu jugok

  8. Salam,
    siapa pihak luar yang ganggu tu!

  9. Bismillah.

    Niat di hati bukan hendak menambah parah,
    Cuma mahu menjernih suasana”

    1) Saya pasti telah berlaku salah faham yang sangat besar antara semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

    2) Bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig, anda memang ada hak untuk menjemput pelajar baru datang ke program AHLAN 11 kerana ramainya tetamu terhormat yang hadir sempena program tersebut.

    3) Setiap program yang dititipkan (penerangan EM, JPA, MARA) amatlah diperlukan dan sangat penting untuk pelajar-pelajar baru ini. Satu kerugian yang jelas disitu kepada pelajar baru lantaran ramai antara mereka yang tidak hadir dalam program itu.

    4) Tetapi, haruslah diingatkan, kenyataan rasmi seperti ini hanya menimbulkan salah faham yang meluas antara ahli. Memang ada pro untuk menulis kenyataan seperti ini tetapi saya merasakan setelah melihat ahli-ahli “matang” PERUBATAN Cawangan Zagazig memberi komen mengenai isu ini, saya merasakan kenyataan rasmi ini lebih membawa kepada banyak contra.

    5) Saya pasti yang pihak penganjur jaulah tidak mengetahui tentang kewujudan program penerangan ini. Jadinya, adalah turut menjadi salah kedua-dua belah pihak. Satu pihak kurang cakna dan satu pihak lagi kurang atau lambat memberitahu.

    6) Sepanjang saya menjadi rakyat zagazig, keterlambatan promosi dan maklumat program merupakan salah satu isu serius yang wajar ditangani oleh kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig Mungkin pihak kepimpinan boleh memberi maklumat sebulan lebih awal dan promosi hendaklah lebih digiatkan.

    7) What you give, you get back.

    Saya mahu semua orang berfikir mengenai ayat ini sebaik-baiknya. Jika kita pernah memboikot program orang lain atas dasar tidak profesional, tidak mustahil juga orang akan memboikot program kita. Satu muhasabah kepada semua persatuan sama ada yang “diiktiraf ataupun tidak diiktiraf”. 

    8) Saya merasakan kita terlalu beremosi dalam soal berpersatuan. Apabila tibanya soal persatuan, kita akan bergaduh. Pelbagai hujah mahupun kata nista dilontarkan. Silalah jadi profesional. Anda semua bakal menjadi doktor. Apabila gradnya kita semua nanti dan mula menjalankan tugas sebagai doktor, adakah kita akan bersikap kebudak-budakan bergaduh mengenai hal persatuan (?)

    Biarlah doktor itu BN ataupun doktor itu PAS, doktor ialah doktor, Merawat orang tanpa sebarang diskriminasi.

    9) Saya turut ingin menyatakan rasa kecewa dengan bakal-bakal doktor daripada Universiti Zagazig. Anda semua lebih memberatkan soal yang tidak sepatutnya berbanding perkara wajib anda sebagai seorang pelajar. Anda dihantar untuk belajar. Itulah prioti anda, Apalah gunanya jawatan tinggi sekalipun jika tugas utama anda belajar diabaikan (?)

    Ya, mungkin ada yang berkata ” Kita bukan hanya menjadi seorang pelajar, tetapi mahu menjadi seorang yang serba boleh”. Memang benar. Tetapi, saya pasti kalian semua lebih tahu mengenai ilmu agama dan fiqh auwliyatt.

    Anda dihantar untuk menjadi seorang doktor, jadi pastikan matlamat itu tercapai dulu. Hal lain seiiringkan. Akademik nombor satu, tetapi Agama.persatuan tidak pernah dan sesekali akan menjadi nombor dua.

    Maaf untuk segala kata-kata. Saya tidaklah “sematang” ahli-ahli lain sekalian jika dasar umur dan belajar lebih lama di zagazig dijadikan ukuran sebagai aras kematangan.

    Wallahualam

  10. assalamualaikum.. 

    kpd senior2, jangan kecoh sangat pasal jaulah tu.
    kerana yg pergi jaulah tu cuma 1/3 dari jumlah semua pelajar baru..
    lagi 2/3 ada di rumah dan sengaja x pergi program tuu..
    ada juga yg pergi cairo, katanya ada program apa tah…

    so, nak salahkan siapa? 
    ada sesetengah student baru kata diorang x dapat maklumat pn mengenai program ni..

    sudah2 laa bergaduh x tentu pasal… 

    sekian. 

  11. Assalamualaikum.

    Ana  pasti sebahagian daripada junior sudah mengetahui perbalahan antara persatuan / selalu degelar politik tidak sihat di sini. Ini menyebabkan mereka lebih selesa mengelakkan diri dari terlibat dengan persatuan. Tujuan asal pembentukan sesebuah persatuan adalah demi menyatupadukan sesuatu ummah dan mempertahankan hak mereka atas nama Allah(sebagai orang islam). Bertolak ansurlah demi Allah dan bersatulah demi Allah.. kita hidup didunia ni sementara saje.. sedarlah wahai sahabat2 seagamaku…

  12. assalamualaikum..sy lihat disini ramai blh brkata2 mmbri hujah..tetapi merahsiakan identiti..seolah2 mmbaling batu ttp mnyrokn tgnnya (btl ke pepatah ni) sy rasa elok kalau ada pihak yg tidak brpuas hati brjmpa trus dgn kepimpinan PCZ drpd anda smua brbalah disini,knapa disini blh brhujah,tp xnk brhujah brhadapan? 
    rasanya semua dh matang,fikirla secara matang. sedih bila tgk keadaan dizagazig ni xblh brsatu..dh brbeza sgt dgn zaman kami dulu2, siapa lg nk wujudkn suasana aman dizagazig kalau bkn korg?korg kt sini 6thn..sng ssh bersama,xboleh ke kalau duduk brbncang brsma2,xprlu nk ckp siapa slh siapa btul.msing2 da klemahan. Kepada pihak2 yang tidak brpuas hati,sy syorkan pergi la brjmpa dgn org selayakny utk brbncng,xprlu kot meluah prasaan anda disini.sampai bila2 pn xkn sttle. xsegan ke kt junior tgk senior2 berbalah psl isu ni?be matured~
    “kita jgn tnya apa yg islam blh beri pada kita,tp kita ptt fikir apa yang kita blh beri pd islam”
    hrpny semua org blh brlapang dada,istigfar..
    wsalam

  13. -PCZ hanyalah sebuah persatuan pelajar di mesir, begitu juga dengan persatuan-persatuan lain. Jadi, setiap ahli bagi setiap persatuan, mereka ada agenda dan program-program yang telah disusun secara berkala, atau anually (kita sahaja yang tak tahu).

    -Mana-mana persatuan tidak berhak meminta sesiapa untuk berada di bawah mereka, serta tidak boleh memaksa sesiapa untuk berprogram sekiranya pelajar tersebut bukan ahlinya.

    -Di Mesir, terdapat pelbagai persatuan, dan mempunyai ahli-ahli tersendiri. Sekiranya ada pelajar yang bukan ahli persatuan kita, tidak mahu ikut serta dalam persatuan kita, kita lagi tiada hak untuk menyatakan kekesalan. Dan jika ada pelajar yang juga ahli kita, tetapi tidak mahu ikut serta dan mahu duduk di rumah sahaja, beliau juga ada hak. Kita tidak boleh menuding orang lain dan menuduh niat mereka.

    -Tidaklah secara automatik, semua pelajar perubatan wajib menjadi ahli PERUBATAN apatah lagi PCZ. Jika mereka tidak mahu, mereka bukan ahli PCZ atau PERUBATAN. Menjadi ahli yang sah adalah bila mana pelajar-pelajar tersebut mendaftarkan diri mereka di dalam persatuan tersebut atau PCZ secara borang, atau online.

    -jangan kita menuduh sesuatu tanpa usul periksa sebab Allah larang berita daripada orang fasik, dan meminta kita siasat. Barangkali persatuan lain, telah merancang program mereka jauh lebih lama berbanding PCZ yang hanya diiklankan 2 bulan sebelum. 

    -dalam islam kita diseru untuk meninggalkan mudarat walaupun ada maslahat dalam sesuatu perkara, jadi tidak boleh dikeluarkan kenyataan yang bukan-bukan seperti di atas, agar tidak timbul fitnah terhadap persatuan lain, tidak timbul kontreversi dan ruang provokasi di kalangan pelajar zagazig.

    -kita juga tidak boleh menyatakan sesuatu yang kita samar-samar tentang ia. Tentang kehadiran, adakah kita membuat bancian, berapa ramai yang ke kaherah, berapa ramai yang duduk di rumah, berapa ramai yang ke universiti atas urusan-urusan penting, berapa ramai lagi yang sakit, dan berapa ramai yang datang dan pulang sebab program tidak menarik.

    -kalian sibuk berpersatuan di PCZ, bersatu dan bersatu, tetapi, kalian susah untuk bersatu / berpersatuan secara jamaah di masjid. PCZ lebih penting atau MASJID / PA (Persatuan Allah) lebih penting? Susah bersatu dari sudut akhlak kalian (termasuk saya), susah bersatu dari segi moral. Senior-senior tidak menunjukkan contoh yang baik, ada yang merokok, ada yang suka men”supply” movie kepada junior, ada yang main bola sampai lewat maghrib dan lain-lain. Kemudian, sibuk meminta orang lain untuk join bersama mereka. Persatuan PCZ dijaga utuh, persatuan akhlak dibiar mati dalam diri kita.

    -saya amat kecewa dengan kenyataan di atas, walaupun ia datang daripada junior saya. wassalam.

Tinggalkan komen anda