Home > Menu > Informasi > Projek Dana PERUBATAN (PCZ)

Projek Dana PERUBATAN (PCZ)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kurniaan nikmat yang meluas. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang yang zalim.”

(Surah Al-Baqarah : 254)

 

Allah s.w.t  memerintahkan agar kita menyerahkan sebahagian daripada rezeki samada harta atau tenaga yang kita perolehi ke jalanNya iaitu dalam perkara-perkara kebaikan. Ini kerana, pada ketika datangnya hari kiamat, hanya pahala daripada amalan kebaikan sahaja yang kekal sebagai persembahan kepada Allah.

Atas kesedaran tersebut, pihak Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zagazig ingin menyeru anda semua agar mengambil peluang ini dengan menjayakan Projek Dana PERUBATAN.

Mengapakah projek ini diwujudkan?

  • Menambah sumber kewangan persatuan PERUBATAN
  • Alternatif lain di samping jualan dan perniagaan serta yuran tahunan (LE20)
  • Bilangan ahli yang semakin bertambah. Sehingga kini telah mencecah 5000 orang di seluruh Mesir, manakala 483 orang di Zagazig.

Ke manakah dana ini dialirkan?

Pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) telah menggariskan beberapa keperluan dana :

  •   Menyewa dan membeli kelengkapan pejabat PCZ
  •   Membeli slide Pathology
  •   Membeli peralatan-peralatan sukan
  •   Membeli peralatan-peralatan perumahan
  •   Membeli kamera DSLR
  •   Peruntukan kepada program-program mega yang memerlukan belanja   yang besar seperti:-

               –          Fiesta PCZ

               –          Program-program akademik

               –          Hari Keluarga PCZ

               –          Malaysian Exhibition Days

               –          Love Islam For Eternity (LIFE)

               –          Program Sambutan Pelajar Baru (PSMB)

Keseluruhan dana yang diperlukan hampir berjumlah LE 20000 (tidak termasuk sewa bulanan pejabat).

 

Bagaimanakah projek ini dapat digerakkan?

  • Secara formal dengan menggunakan proposal (kertas kerja) lengkap; mencari sumbangan daripada badan-badan bukan kerajaan atau syarikat-syarikat perniagaan.
  • Secara tidak formal dengan menggunakan pamplet; mencari sumbangan daripada kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan.

Kepada siapakah yang perlu dihubungi?

Unit Dana PCZ

  •   Ketua                                : Mohd Syahmi Amir bin Md Razali   (+6011 19125898)
  •   Penolong Ketua        : Nor Ain binti Bahori   (+6013 6869122)

Jabatan Bendahari PCZ

  •   Timbalan Bendahari : Nurul Farhana binti Zainudin (+2014 1224313)

Maklumat tambahan

  •   Tukaran matawang semasa LE 1 = RM0.50
  •   Maklumat lanjut, sila layari :-

              –          http://perubatan.org/

              –          http://zaqaziq.perubatan.org/v1/

  • Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun ketua unit dana PCZ :

            MOHD SYAHMI AMIR BIN MD RAZALI

            HSBC :: 083126128025

            arm_mey@yahoo.com (sila emelkan slip/resit sebagai bukti)

Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261, mafhumnya:

 “ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. “

 

Dengan ini, besarlah harapan kami agar anda dapat menyumbang baik dari segi kewangan mahupun tenaga untuk menggerakkan dana ini. Jazakumullahu khairan kathira.

 

 

 -Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011/12- 

Tinggalkan komen anda