Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pekeliling Kutipan Yuran Tahunan PERUBATAN

Pekeliling Kutipan Yuran Tahunan PERUBATAN

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir 
P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

PEKELILING KUTIPAN YURAN TAHUNAN PERUBATAN SESI 2010/2011

No rujukan: PERUBATAN 03/02/09-x07/2010/11(02)

Tarikh: 26 MAC 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Merujuk perkara di atas, semua ahli PERUBATAN yang berdaftar diminta untuk membayar yuran tahunan PERUBATAN sesi 2010/2011 sebanyak LE 20 (bagi tahun 2 dan ke atas) melalui ketua batch/wakil batch masing-masing untuk diserahkan kepada bendahari induk/cawangan masing-masing bermula dari tarikh pekeliling ini dikeluarkan.

Manakala perhatian untuk pelajar yang masih belum menyerahkan borang pendaftaran terutama sekali pelajar-pelajar Tahun Satu, borang pendaftaran keahlian PERUBATAN boleh didapati melalui Setiausaha Agung dan Setiausaha Cawangan masing-masing dengan bayaran LE 25 (yuran keahlian LE 5 dan yuran tahunan LE 20).

Sebarang kemusykilan, mahupun soalan boleh dirujuk terus di soalan lazim yuran keahlian dan tahunan PERUBATAN atau menghubungi pihak berkenaan. (Jabatan Bendahari Kehormat)
Justeru, kerjasama semua ahli didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga PERUBATAN dapat meneruskan misi dan visinya pada sesi ini dengan lebih lancar dan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Penting:

Soalan lazim yuran keahlian dan tahunan PERUBATAN.

Borang Kaji Selidik PERUBATAN 2010/2011

Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Mohd Hilmi bin Mohd Hatta (Bendahari Kehormat)
Siti Khadijah binti Daud (Timbalan Bendahari Kehormat)
PERUBATAN 11/12

______________________________________________________________________________________________

[thkBC height=”1000″ width=”1000″ anchortext=”Klik sini untuk paparan besar” title=”Surat Tuntutan Yuran” type=”inline” inline_id=”uniqued_id”]

Tinggalkan komen anda