Home > Biro PCZ > Biro Perumahan > Etika Perumahan

Etika Perumahan

PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) 2011/12

1. Sebarang permasalahan berkenaan hal-hal perumahan mestilah merujuk kepada Unit Perumahan PCZ 2011/12 :

 Ikhwah : Mohd Safwan Hadi bin Rosli (011-9361518)

Akhwat : Siti Muslihah binti Md Nor (014-1224352)

2. Akhawat dilarang membawa masuk ikhwah (termasuk warga arab) ke dalam rumah kecuali dengan keizinan Pengerusi PCZ.

3. Segala urusan penyelenggaraan rumah hendaklah diuruskan oleh Unit Perumahan PCZ.

4. Segala urusan perpindahan rumah hendaklah di bawah pengurusan Unit Perumahan

5. Harga sewa rumah yang ditetapkan hendaklah tidak melebihi LE 600 (merujuk MoU antara PCZ, DPMZ serta Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia, DPD PPMI bertarikh 31 Mei 2011) dan bilangan ahli rumah hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang bagi siswi dan 2 orang bagi siswa.

6. Segala pengurusan akad serta perbincangan harga sewa rumah mesti dilakukan oleh Unit Perumahan PCZ.

7. Kriteria rumah : (untuk pertimbangan)

  • Sewa tidak melebihi LE 600
  • Tiada muaddam (deposit)
  • Mafrushah; perabot (sekiranya ada)
  • Kawasan yang selamat dan aman (Siswi disarankan kawasan Salam dan Kafr Zend)
  • Sekiranya tidak memiliki kriteria rumah yang ditetapkan, ahli disarankan untuk berpindah dengan bantuan Unit Perumahan PCZ.

PEMBERITAHUAN:  Unit Perumahan PCZ berhak untuk tidak memberikan sebarang pertolongan kepada pihak-pihak yang melanggari etika yang telah ditetapkan.

Disediakan Oleh,

Unit Perumahan PCZ 2011/2012

Tinggalkan komen anda