Home > Biro PCZ > Biro Perumahan > Etika Perumahan (Penjelasan Isu Harga Rumah)

Etika Perumahan (Penjelasan Isu Harga Rumah)

Sempena cuti musim panas pada tahun ini, aktiviti perpindahan mahasiswa/si meningkat di sekitar Zagazig. Isu harga rumah sentiasa menjadi buah mulut saban tahun di sekitar Salam Sa’nawi khususnya, kerana majoriti ahli sains perubatan akhwat menetap di sini. Oleh itu, Unit Perumahan PCZ sesi 2011 ingin menegaskan supaya kesemua ahli mengambil cakna dan mematuhi Etika Perumahan pada tahun ini. Harga sewa rumah yang ditetapkan hendaklah tidak melebihi LE 600.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa Etika ini perlu dipatuhi :

1) Merujuk MoU antara PCZ, DPMZ serta Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia, DPD PPMI bertarikh 31 Mei 2011 telah menetapkan harga sewa rumah yang perlu disepakati bersama.

2) Untuk mengelakkan kenaikan harga rumah secara mendadak setiapkali perpindahan yang tidak mematuhi Etika berlaku.

3) Boleh merebak masalah  harga rumah naik.

4) Untuk membela nasib mahasiswa/si yang kurang  berkemampuan.

5) Arab tempatan dapat mengenalpasti status kemampuan pelajar-pelajar yang senang dan meletakkan kesimpulan bahawa pelajar Malaysia semuanya kaya.

6) Memudahkan gerak kerja semua pihak.

“Seorang Muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barangsiapa membantu memenuhi keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang Muslim nescaya Allah akan munutup aibnya pada hari kiamat.”

(HR Bukhari dari Abdullah bin Umar RA)

 Marilah sama-sama kita memelihara kebajikan saudara-saudara kita bak kata pepatah  “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Wallahualam.

Disediakan Oleh,

Unit Perumahan PCZ 2011/2012

Tinggalkan komen anda