Home > Menu > Berita > Surat Perjanjian Kesepakatan (MoU) antara PCZ dengan DPMZ dan DPD PPMI.

Surat Perjanjian Kesepakatan (MoU) antara PCZ dengan DPMZ dan DPD PPMI.

ZAGAZIG, 31 MEI – Satu sesi menandatangi Surat Perjanjian Kesepakatan (MoU) antara pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig dengan pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dan Dewan Pengurus Daerah Persatuan Pelajar Dan Mahasiswa Indonesia (DPD PPMI) Zagazig telah diadakan di Pejabat DPMZ.

 

Surat perjanjian ini yang telah diputuskan seminggu sebelum itu, iaitu pada 23 Mei 2011 merangkumi beberapa perkara berikut :

 

  1. Saling bertegur sapa dan memberi salam sesama mahasiswa.
  2. Dilarang merokok di kawasan umum termasuk di balkoni rumah.
  3. Harga sewa bagi setiap rumah adalah tidak melebihi LE600.
  4. Dilarang berbual mesra di antara siswa dan siswi atau melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
  5. Bertegur sapa tanpa urusan penting di antara siswa dan siswi adalah dilarang.
  6. Dilarang berjalan berpasangan di antara siswa dan siswi yang bukan mahram.
  7. Harga tambang bagi setiap teksi adalah tidak melebihi LE3 kecuali darurat (keperluan mendesak).
  8. Pakaian siswi hendaklah menutup aurat, tidak terlalu ketat, tidak terlalu jarang serta tidak menjolok mata.
  9. Siswi hendaklah menutup aurat semasa berada di balkoni rumah.
  10. Dilarang menjemur pakaian dalam di luar rumah.
  11. Saling menghulurkan bantuan terutamanya terhadap masalah jenayah.

 

Perkara-perkara tersebut dibuat atas persetujuan ketiga-tiga pihak (PCZ bersama DPMZ dan DPD PPMI).

 

Surat Perjanjian Kesepakatan ini telah ditandatangani oleh Dr Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim (Pengerusi PCZ), Ustaz Muhamad Lokman bin Sulaiman (Pengerusi DPMZ), Saif Ramadhan Hasan Bashri (Ketua DPD PPMI Zagazig) dan Taufan Januardi (Ketua BPD PPMI).

 

Disediakan oleh,

Mohamad Azharuddin bin Mat Naziz,

Ketua Unit Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011/12.

Tinggalkan komen anda