Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Etika Skim Pinjaman Tabung Kasih Sayang (TKS)

Etika Skim Pinjaman Tabung Kasih Sayang (TKS)

  • Skim Pinjaman TKS ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu ahli-ahli PERUBATAN yang memerlukan wang dengan jumlah yang banyak dalam kadar yang segera.
  1. Di antara kes-kes yang memungkinkan seseorang itu untuk memohon pinjaman dari tabung ini ialah:
  2. Membayar yuran pengajian.
  3. Sakit kritikal yang memerlukan rawatan di hospital.
  4. Pulang ke Malaysia atas sebab-sebab kecemasan.
  5. Kehilangan duit kerana ditipu, dicuri atau keciciran.
  6. Melahirkan anak.
  7. Berkahwin.
  8. Kes-kes lain mengikut pertimbangan Ketua  Kebajikan.

 

  • Syarat-syarat peminjam :
  1. Ahli PCZ.
  2. Mampu untuk membayar balik pinjaman dalam masa DUA (2) bulan.

 

  • Pemohon pinjaman TKS perlulah mendapat jaminan daripada seorang penjamin yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut :
  1. Penjamin tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemohon.
  2. Penjamin mestilah terdiri daripada ahli yang mendapat tajaan JPA/MARA/Baitulmal atau mereka yang mendapat elaun bulanan sebanyak 220 USD dan ke atas.
  3. Penjamin tidak boleh dipaksa untuk menjamin pemohon (atas kerelaan penjamin sendiri).

 

  • Nilai maksimum pinjaman yang boleh diberikan ialah sebanyak LE1000 atau 50% dari jumlah wang perbelanjaan yang diperlukan oleh pemohon, tetapi keadaan ini tertakluk kepada nilai simpanan semasa TKS.

 

  • Peminjam perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh selewat-lewatnya DUA (2) bulan daripada tarikh mendapat pinjaman.

 

  • Pinjaman boleh ditukar menjadi derma sumbangan TKS atas sebab-sebab dan syarat-syarat tertentu mengikut pertimbangan Unit Kebajikan.

 

  • Ahli-ahli PCZ yang ingin memohon pinjaman daripada tabung ini bolehlah mendapatkan borang daripada Ketua Kebajikan atau timbalan @ Ketua Unit TKS atau timbalan.

  • Borang yang telah siap diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:
  1. Umar Izudin Bin Mhd Ramli (0146456618)
  2. Nurul Fatin Ajlaa Shaari (0115049262)
  3. Ermyzal Nazirul Bin Musa (0118451141)
  4. Nurul Huda Syukry (0147269485)

 

Item Berkaitan : Video Skim Pinjaman TKS

Tinggalkan komen anda