Home > Tajaan > [PERAK] Semua Ahli Diminta Bersedia Untuk Berangkat – YDP

[PERAK] Semua Ahli Diminta Bersedia Untuk Berangkat – YDP

14 MAC – Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir (Gambar atas) memberitahu bahawa penerbangan sedang dalam proses. Beliau meminta supaya semua ahli KPIPM untuk mendapatkan maklumat terkini di dalam blog rasmi KPIPM.
“Penerbangan akan dilakukan berperingkat, mengikut senarai-senarai yang telah disusun oleh pihak Yayasan Perak dengan kerjasama KPIPM, oleh itu diharapkan kepada semua agar dapat melayari blog rasmi KPIPM, dan bersedia setiap masa” Katanya
Beliau memaklumkan perkara tersebut supaya mahasiswa tidak terlepas mengikut penerbangan yang telah dijadualkan untuk mereka.
Sementara itu, Setiausaha Agung KPIPM, Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin (Gambar bawah) memaklumkan bahawa pihak persatuan telah menyusun beberapa nama wakil KPIPM di setiap penerbangan, bagi memudahkan sebarang urusan.
Bagi trip pertama yang sudah berlepas kelmarin, pihak persatuan telah diwakili oleh Ustaz Muhammad Omar bin Adam, Timbalan Yang Dipertua KPIPM.

Tinggalkan komen anda