Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pekeliling Keselamatan

Pekeliling Keselamatan

PEKELILING KESELAMATAN

PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG

Bismillahirrahmanirrahim…

Merujuk kepada Garis Panduan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Bil 1 Tahun 2011, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Pekeliling Keselamatan khusus untuk mahasiswa/wi Sains Kesihatan Universiti Zagazig. Adalah dimaklumkan, mulai 11 Februari 2011, negara Republik Arab Mesir diperintah dan ditadbir oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Kerajaan Sementara (Interim) Mesir. Untuk makluman semua, semua pejabat kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan, premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awan secara amnya telah beroperasi seperti biasa. Pasukan polis juga telah kembali bertugas seperti biasa secara berperingkat manakala pihak tentera masih berada di beberapa kawasan seperti luar bangunan-bangunan kerajaan. Namum begitu, tunjuk perasaan dan mogok masih berlaku di tempat-tempat dan pada masa-masa tertentu yang tidak melibatkan kekacauan ataupun keganasan yang melampau. Oleh yang demikian, pihak PCZ telah meletakkan beberapa pekeliling keselamatan untuk diikuti oleh semua mahasiswa/wi Sains Kesihatan yang berada di bumi Zagazig ini.

Berikut adalah pekeliling keselamatan yang dikeluarkan untuk menjaga kemaslahatan bersama mahasiswa/wi PCZ:

 

  • Patuhi arahan berkurung yang dikeluarkan kerajaan Mesir iaitu pada setiap hari dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6 pagi.

 

  • Dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri dan rumah memandangkan negara Mesir masih lagi diancam keselamatannya seperti mengunci pintu sepanjang masa.

 

  • Bagi sesiapa yang tinggal berseorangan terutamanya akhawat di rumah, dinasihatkan supaya untuk menumpang di rumah sahabat yang berdekatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

 

  • Dinasihatkan untuk meminimunkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam terutamanya akhawat dan sekiranya ada urusan penting boleh berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan PCZ, Saudara Umar Izudin bin Mhd Ramli (0146456618) untuk perkhidmatan mushrif.

 

  • Pastikan supaya dokumen pengenalan diri seperti kad pelajar ataupun passport dijaga dengan baik dan sentiasa dibawa bersama apabila keluar daripada rumah.

 

  • Tidak digalak keluar secara berseorangan terutamanya mahasiswi dan dinasihatkan untuk keluar secara berkumpulan sekurang-kurangnya 2 orang jikalau ingin menjalankan aktiviti di luar rumah pada waktu siang.

 

  • Dilarang sama sekali melibatkan diri dengan sebarang jenis perhimpunan yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan sama ada di tempat terbuka atau tertutup,dalam ataupun luar universiti.

 

  • Elakkan daripada memberikan sebarang komen mengenai politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu dan organisasi Mesir dan asing. Situasi semasa di Mesir adalah merupakan hal ehwal rakyat Mesir semata-mata.

 

  • Hadkan sebarang pergerakan dan aktiviti terutamanya pada hari Jumaat yang tidak berkaitan dengan pengajian termasuklah ceramah politik Mesir dan rapat umum yang tidak ada kaitan dengan negara Malaysia.

 

  • Permusafiran ke luar Zagazig hendaklah dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa tertinggi PCZ.

 

  • Setiap mahasiswa/wi warganegara Malaysia yang berada di Mesir diminta melayari laman web Pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk membuat semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web tersebut dan hantarkan borang yang telah dilengkapkan kepada Pejabat Education Malaysia Cairo di alamat emel: datapelajarmesir2011@gmail.com .

 

  • Sebarang masalah boleh rujuk kepada : –

> Pengerusi PCZ

Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim

0115141548

> Pemangku Timb. Pengerusi  II / Timb. S/U  PCZ

Fatmatul Zahrah binti Mat Zin

0111770671

*Etika keselamatan ini dirujuk kepada Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Mesir Kaherah.

 

Tinggalkan komen anda