Home > Menu > Berita > Kes kecurian di rumah salah seorang pelajar Zagazig

Kes kecurian di rumah salah seorang pelajar Zagazig

BANTING, 5 Mac: Kerugian sebanyak RM5000 dilaporkan oleh Encik Johan Mohalana, ayah kepada Ainnur Fathinlyiana Bt. Johan Mohalana  (pelajar tahun 3 perubatan Universiti Zagazig) di balai polis berdekatan keesokan harinya. Antara barangan yang telah dicuri ialah passport ayah dan ibu, telefon bimbit, camera digital SONY, dan dompet yang mengandungi beberapa kad bank dan kad kredit.
Kecurian di Taman Cempaka itu dikatakan berlaku kira-kira pada malam hari 5 haribulan, dipercayai dilakukan oleh pengamal ilmu pukau. Polis tersebut memberitahu berkemungkinan besar ia adalah ekoran daripada kes penggalian tanah perkuburan Sungai Lang. Namun, pihak polis masih belum berjaya untuk mengenalpasti suspek-suspek tersebut. Dinasihatkan kepada semua penghuni kawasan berdekatan supaya sentiasa dalam keadaan berhati-hati dan menjaga keselamatan diri sama ada di rumah ataupun di luar rumah.
PERUBATAN Cawangan Zagazig mengucapkan takziah keluarga Ainnur Fathinlyiana Johan Mohalana atas insiden yang tidak diingini ini. Diharap saudari dan keluarga dapat bersabar di atas insiden yang menimpa saudari dan keluarga ini. Sesungguhkan. “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”, Al-Baqarah: 286. Kami warga Zagazig mendoakan agar segala urusan yang dibuat selepas ini mendapat kesenangan daripada Allah s.w.t. Insya-Allah.

Tinggalkan komen anda