Home > Biro PCZ > Biro Akademik > ZAP (Zagazig Academic Panelist)

ZAP (Zagazig Academic Panelist)

Pengenalan

Zagazig Academic Panelist ( ZAP ) merupakan salah satu jabatan dalam Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Zagazig. ZAP merupakan satu pasukan khas ditubuhkan untuk meningkatkan prestasi akademik seluruh ahli PCZ dengan memberi penumpuan terhadap keseluruhan subjek. Ini bertepatan dengan usul yang diterima di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan Zagazig ( MTCZ ) yang lalu yang berbunyi ‘ Menjadikan akademik sebagai identiti PCZ ‘, seiring dengan matlamat Unit Akademik PCZ 2011 itu sendiri. Insyaallah, adanya ZAP, graf akademik ahli PCZ menunjukkan peningkatan disamping usaha sendiri, doa dan tawakal.. Bersama-sama kita bekerja secara semaksimumnya demi mencapai segala matlamat ini. Semoga segala gerak kerja kita berada dalam redha dan rahmatNya. Amin.


Objektif

– Melahirkan profesional yang cemerlang di dunia dan di akhirat
– Menjana kecemerlangan akademik ahli kepada tahap yang maksimum
– Mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan ahli
– Ke arah menjadikan komuniti mahasiswa yang cemerlang
– Memberi pendedahan terhadap isu semasa berkaitan sains dan kesihatan

 Tema

Ke Arah Menjadikan Akademik Sebagai Identiti PCZ

Tinggalkan komen anda