Home > Tajaan > SELANGOR : Ops Ehsan dan Program Kerajaan Selangor

SELANGOR : Ops Ehsan dan Program Kerajaan Selangor

SHAH ALAM : Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula seawal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai. 
Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.

Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM (BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.

Program terdekat yang bakal dijalankan adalah pada : 28/2/2011 – 1/3/2011 atau 2/3/2011 – 3/3/2011
Tempat : Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.  
Bas akan disediakan di Masjid Negeri Shah Alam yang bertolak pada 7.30 pagi.

Untuk itu, diwajibkan untuk membawa pasport antarabangsa (untuk urusan penerbangan)
 

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Cik Syazwani –  0193806478 atau
Ustaz Fauzan – 0193855634
Di
BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS 

Sumber : Blog Exco Pendidikan Negeri Selangor

Tinggalkan komen anda