Home > Menu > Informasi > KPT Malaysia: Tindakan Semasa Kerajaan Dalam Menangani Isu Tarikh Permulaan Kuliah

KPT Malaysia: Tindakan Semasa Kerajaan Dalam Menangani Isu Tarikh Permulaan Kuliah

Education Malaysia Cairo bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan Sheikh Universiti Al-Azhar hari ini dan telah dimaklumkan bahawa keputusan universiti adalah berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Universiti dan Kabinet Menteri Mesir. Keputusan kabinet dijangkakan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Education Malaysia Cairo akan meneruskan perjumpaan dengan Dekan atau Wakil kepada universiti-universiti berikut iaitu Universiti Iskandariah, Ain Syams dan Kaherah esok buat masa ini.Tarikh perjumpaan Education Malaysia Cairo dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Mesir juga telah diluluskan pada Isnin 21hb Febuari 2011 ini.
Kesemua makluman ini diberikan oleh Prof Dr Rujhan Mustaffa, Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Muhammad Husaini bin Saleh, Presiden PERUBATAN hari ini.
mediaPERUBATAN mengharapkan agar semua usaha kerajaan berjalan lancar dan memberi kemudahan kepada pelajar di masa akan datang.
Sumber : PERUBATANOnline

Tinggalkan komen anda