Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi PERUBATAN Berkenaan Isu Kuliah

Kenyataan Rasmi PERUBATAN Berkenaan Isu Kuliah

Untuk pendahuluannya, saya mewakili seluruh kepimpinan PERUBATAN mengucapkan selamat kembali ke tanah air buat seluruh warga PERUBATAN di Mesir. Sesungguhnya pergolakan politik yang berlaku di sana sangat-sangat memberikan kesan terhadap perjalanan kuliah kita pada sesi kali ini, dan kita mengharapkan agar penyelesaian terbaik dapat dicapai untuk kebaikan kita semua.
Berkenaan dengan isu kuliah, PERUBATAN berpendirian mahasiswa perlu pulang seawal mungkin ke Mesir bagi meneruskan pengajian. Sehingga kini, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah menetapkan bahawa kuliah akan bermula pada 26 Februari 2011 (berdasarkan kenyataan terkini Menteri Pengajian Tinggi Mesir) di seluruh universiti di Mesir. Namun, halangan terbesar kepada kita adalah masalah keselamatan di Mesir yang masih lagi belum pulih sepenuhnya. Justeru itu, kita masih menunggu kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang sedang memantau keadaan di Mesir untuk tindakan kita selanjutnya.
Kita juga sedia maklum permulaan sesi kuliah bagi setiap universiti adalah berbeza dan keadaan keselamatan di setiap universiti juga berbeza. Sehingga kini, PERUBATAN sedang berunding dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berkenaan tarikh yang sesuai untuk pelajar Malaysia pulang ke Mesir dalam keadaan keselamatan kita semua terjamin. Nasihat kami kepada ahli agar dapat bersabar sebentar berkenaan isu ini sehinggalah satu arahan dari pihak Kementerian dikeluarkan membenarkan kita pulang kembali ke Mesir.
Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh terus dirujuk kepada saya atau wakil-wakil di untuk setiap universiti khusus untuk isu berkaitan urusan universiti masing-masing:
1. Universiti Al Azhar (Banin)               : Mohd Taqiyuddin Takril (013-9143600)
2. Universiti Al-Azhar (Banat)               : Banan Syahidah Yaakub (013-4587075)
3. Universiti Ain Shams                        : Ahmad Hakim Nordin (019-6279703)
4. Universiti Kaherah                            : Amir Firdaus Ali Shaifuddin (017-7945754)
5. Universiti Zaqazig                             : Mohd Bukhari Muslim Mohd Nadzim (013-2002503)
6. Universiti Mansurah                          : Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal (013-6084468)
7. Universiti Iskandariah                        : Qamarul Azwan ·Kamaluzaman (013-3305651)
8. Universiti Tanta                                 : Zulkifli Mohamad (014-5079066)
Sekian, terima kasih.
Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati
Muhammad Husaini bin Saleh
Presiden PERUBATAN 2010/2011
Sumber : PERUBATAN Online

Tinggalkan komen anda