Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pengerusi PCZ : Isu semasa

Pengerusi PCZ : Isu semasa

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kehadrat Ilahi atas nikmat  kesihatan dan nikmat terbesar yakni Iman dan Islam yang masih kita kecapi hingga ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat seterusnya umat manusia yang berada di atas landasan kebenaran Islam.

Gelombang kebangkitan rakyat kian menggugat keamanan Mesir.  Beberapa bandar utama dilihat menerima impak yang agak membimbangkan terutamanya di Kaherah dan Iskandariah. Dalam pada itu, beberapa kawasan lain yang menempatkan pelajar-pelajar Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal termasuklah di Zagazig walaupun diberitakan sebelum ini bahawa berlakunya rusuhan kecil. Justeru, seluruh ahli PCZ diminta untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan keadaan.

Kuliah dan peperiksaan  akan berjalan seperti yang dijadualkan sepertimana yang disampaikan sendiri oleh Prof. Omar Shabrawy. Sekiranya berlaku kepulangan pelajar Malaysia secara menyeluruh, pihak PCZ akan berusaha untuk mengusulkan penangguhan peperiksaan buat semua pelajar Malaysia.

Sebarang masalah boleh dirujuk kepada Pengerusi PCZ lantaran sebarang maklumat dari pihak kedutaan disalurkan terus kepada Pengerusi PCZ, Dr. Mohd Bukhari Muslim (+20116141548/+60132002503). Setiap ahli diingatkan supaya sentiasa bersedia untuk sebarang arahan dan kemungkinan.  Bersamalah kita berdoa  agar segala urusan berjalan dengan lancar.


“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

MOHD BUKHARI MUSLIM BIN MOHD NADZIM
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011

One comment

Leave a Reply to TilMiz Ila Jannah Cancel reply