Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Kempen Jom Pakat Study

Kempen Jom Pakat Study

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkt. Alhamdulillah. Puji-pujian hanyasanya untuk Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, sudah menjangkau 2 ke 3 minggu kita berada di Malaysia, di samping keluarga tersayang, jauh dari bumi Mesir dan pergolakan politiknya. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Pasti, ramai yang merindui Mesir, ramai yang tidak sabar untuk pulang, untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Ardul Kinanah.

Sahabat-sahabat sekalian, apa khabar ilmu di dada? Apakah ada peningkatannya? Apa khabar buku-buku yang dibawa pulang? Dipandang, disentuh, diselak, atau dibaca? Ya, tidak dapat dinafikan, sangat-sangat sukar bagi kita untuk mengulangkaji di rumah. Masih berbaki masa kita di Malaysia, apakah ingin dibiarkan begitu sahaja?

Sahabat-sahabat, ahli-ahli PCZ yang dirahmati ALLAH, menyedari situasi ini,kami, dari Zagazig Academic Panelist, Unit Akademik PCZ 2011, membawakan kepada semua ,
kempen JOM PAKAT STUDY!!
InsyaAllah, melalui kempen ini, kami menyeru setiap ahli PCZ untuk :

1. BELAJAR SEKURANG-KURANGNYA 2 JAM SETIAP HARI
2. MENGULANGKAJI PELAJARAN AGAR SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
3. MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN DI RUMAH.

Kita mahasiswa, maka, tidak lari dari tanggungjawab belajar. Kita mahasiswa, maka, tidak lari dari peperiksaan. Kita mahasiswa,penuntut ilmu perubatan dan farmasi di Mesir gedung ilmu, maka, JOM, kita wujudkan biah belajar di rumah..:) Tetapi ingat, belajar bukan sekadar untuk peperiksaan.

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.”
~George Washington Carver~

“…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…”~ Azizi Ali~

JOM, kita sama-sama cari seribu jalan, nyahkan sejuta alasan! Yakin boleh, kita boleh belajar di rumah. Tidak mudah, ia memerlukan pengorbanan, tetapi, zaman sekolah dahulu boleh, mengapa tidak sekarang? Pasti ada caranya.

JOM PAKAT STUDY! Tetapkan niat lillahi taala, azam dalam dada. Wah, pasti gembira hati ibubapa melihat anaknya belajar. Biar tak dapat banyak, sikit pun tidak mengapa. Biar kepulangan kita ke Mesir dalam keadaan agak atau lebih baik, SUDAH bersedia. Mahasiswa FLEKSIBLE, mesti boleh kan?
Sekali lagi , JOM PAKAT STUDY!! Sama-sama mumtaz dari rumah. InsyaAllah.

-KE ARAH MENJADIKAN AKADEMIK IDENTITI PCZ-
ZAGAZIG ACADEMIC PANELIST
UNIT AKADEMIK PCZ 2011

Tinggalkan komen anda