Home > Menu > Informasi > Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : Pendaftaran Pelajar Secara Online

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : Pendaftaran Pelajar Secara Online

21 Februari 2011 :

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengumpul data dan butiran para pelajar Malaysia yang telah pulang dari Mesir baru-baru ini. Hal ini bertujuan bagi menyelaraskan proses kepulangan mereka ke Mesir untuk menyambung pengajian semula di sana. Melalui sistem online, para pelajar Malaysia diminta mendaftar di alamat http://jpt.mohe.gov.my/mesir/

Cara-cara mendaftar :
1) Isikan nombor kad pengenalan, email dan nombor telefon.
2) Selepas mendaftar, kata laluan akan dihantar melalui email masing-masing.
3) Kemudian, butiran dan maklumat boleh dikemaskini.

Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menyedia Talian KPT/MOHE Careline pada nombor 1-800-88-6365 untuk sebarang pertanyaan. Talian ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Mereka juga boleh menghantar sms kepada 014-7151556 atau email pelajarmesir@mohe.gov.my.

(*dipetik daripada : Kenyataan Akhabar Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin- PENDAFTARAN PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA )

Tinggalkan komen anda