Home > Tajaan > Berita Harian: Pelajar Pahang Ditampung Kerajaan Negeri

Berita Harian: Pelajar Pahang Ditampung Kerajaan Negeri

TEMERLOH, 20 Feb: Kerajaan Pahang akan membiayai kos menghantar balik 400 pelajar negeri ini termasuk 200 pelajar tajaan Yayasan Pahang ke Mesir bagi menyambung pengajian di negara itu sebaik keadaan pulih seperti sedia kala. 
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata selain itu kerajaan negeri juga akan memberikan wang tunai RM500 kepada setiap pelajar terbabit bagi meringankan beban kewangan yang mereka alami. 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini, petang kelmarin. 
mediaPERUBATAN mengharapkan agar seluruh pihak berautoriti yang bertanggungjawab membawa pelajar tajaannya ke Mesir dan juga mana-mana pelajar persendirian agar ditampung pembiayaan kembali ke Mesir. Sama-sama kita doakan agar perkara ini berhasil untuk diterima oleh seluruh mahasiswa mahasiswi Mesir.
Sumber: perubatan.org

Tinggalkan komen anda