Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Perutusan Presiden PERUBATAN Sempena Ramadhan

Perutusan Presiden PERUBATAN Sempena Ramadhan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir 
P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati


??? ???? ?????? ??????

 Assalamualaikum..
 
 “Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan oleh orang-orang sebelum kamu supaya kamu tergolong di kalangan mereka yang bertakwa.” Al-Baqarah:183

Menemui seluruh warga PERUBATAN agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipenuhi petunjuk Allah Taala bagi menempuhi bulan Ramadan yang mulia ini.

Alhamdulillah, kesempatan yang cukup berharga apabila sekali lagi lagi kita berkesempatan menemui bulan Ramadan, bulan yang cukup bertuah, bulan Ibadah,b ulan AL-Quran dan bulan Lailatul-Qadar.

 Sesungguhnya, bagi kita sebagai hamba perlu berusaha sebaik mungkin meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, membersihkan jiwa dan diri kita, daripada hambatan nafsu yang sering menodai kehidupan manusia. Bulan Ramadan ini merupakan satu projek bagi kita benar-benar memukul hawa nafsu kita setelah syaitan itu dirantai, agar kita berjaya mengenderai nafsu kita dan bukannya kita menjadi binatang yang sering kali tumpas dengan godaan nafsu.

Saya menyeru seluruh ahli PERUBATAN untuk kita mengamati sepenuhnya matlamat hadirnya Ramadan adalah untuk kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bertakwa. 

Hadirnya bulan yang mulia dan rahmat ini seharusnya membuatkan kita
sebagai hamba juga mensyukuri dan  menikmati madrasah Ramadan agar manusia itu mulia pada sifatnya, dan memberikan rahmat dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan, sesuai dengan penciptaan manusia. 

Marilah kita berlumba-lumba meningkatkan amalan baik yang fardu mahupun sunat, semoga segala perhatian dan penumpuan kita terhadap bulan berkat ini dilihat oleh Allah dan dipermudahkanNya mencapai cinta sejati bertemu Tuhan sekalian Alam.

SEMPURNAKAN RAMADHANMU, 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1431H


Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Muhammad Husaini Salleh

Presiden,

Sesi 2010/2011
2 Ramadhan 1431H

=========
Media powered by
 
Official links
========

InfoPERUBATAN
PERUBATANOnline (PO)|PO Iskandariah|PO Mansurah|PO Tanta|PO ZagaziqJawatankuasa Pilihanraya (JPP)|Mesyuarat Agung Tahunan|Komuniti PERUBATAN|e-learning|The Zikr
Goal
|Enjoy The Summer|Seminar|Raya Aidilfitri|Raya Aidiladha
Facebook|Twitter|Youtube

Tinggalkan komen anda