Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Laporan Exam Fever Campaign

Laporan Exam Fever Campaign

22 JULAI 2010 – “Exam Fever Campaign” adalah sebuah program di bawah anjuran Unit Akademik Perubatan Cawangan Zagazig yang diadakan sempena musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar jurusan perubatan & farmasi di Universiti Zagazig. Kempen yang berlangsung dari 5 April sehingga 5 Ogos 2010 ini  telah dirasmikan pada 5 April 2010 oleh pegawai Kedah iaitu Syeikh Yusoff Ahmad bertempat di Dewan Darul Wehdah.
        Pada hari yang sama juga, sesi ceramah motivasi melibatkan aspek kerohanian dan  jasmani telah diadakan untuk menaikkkan semangat para pelajar supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma.
        

        Sepanjang kempen, pelbagai program telah dijalankan termasuk solat hifzi, bengkel dan teknik menjawab soalan, belajar berkumpulan, pengedaran flyers serta  pengedaran dan jualan nota.
Solat hifzi , anjuran bersama Unit Akademik & Unit Pembangunan Insan merupakan salah satu aktiviti yang diselitkan sepanjang program ini bagi memberkati kempen dan usaha para pelajar sempena peperiksaan. Ianya telah dijalankan pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Untuk akhawat, solat hifzi diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 8, 15 & 22 April manakala 7 kali di bahagian ikhwah.
         Aktiviti utama sepanjang kempen ini adalah bengkel dan  teknik menjawab soalan bagi pelajar-pelajar perubatan tahun 1 & tahun 2.  Sesi bengkel telah diadakan pada tarikh-tarikh berikut 

Tahun 1        

  • 13/4/2010  – Histology   
  • 17/4/2010 – Biochemistry   
  • 20/4/2010 – Physiology   
  • 23/4/2010 – Anatomy

Tahun 2      

  • 14/4/2010- Histology    
  • 21/4/2010 – Biochemistry
  • 24/4/2010 – Physiology
  • 25/4/2010 – Anatomy

  
 Farmasi

  • 12/6/2010 – Histology (9 orang akhawat yang telah hadir. Tenaga pengajar adalah akhawat Tahun 2. )


         Aktiviti ini telah dijalankan di Dewan Darul Wehdah. Bengkel bagi akhawat bermula selepas maghrib hingga jam 9 malam diikuti oleh ikhwah sehingga jam 11 malam.  Tenaga pengajar untuk pelajar Tahun 1 terdiri daripada pelajarTahun 2, manakal pelajar Tahun 2 pula diajar oleh pelajar Tahun 4. Hasil daripada testimonial yang diberikan bagi setiap slot subjek adalah sangat menggalakkan. Kehadiran akhawat adalah cemerlang tetapi bagi ikhwah pula kehadiran kurang memuaskan. Mungkin ini dapat ditingkatkan pada tahun akan datang kerana aktivti ini sebenarnya telah banyak membantu kerana selain mendapat tips untuk peperiksaan, pelajar juga dapat bertanya soalan yang menjadi kemusykilan  bagi mereka. Ini merupakan salah satu cara pelajar dapat merungkaikan masalah mereka selain bertanya pensyarah-pensyarah di universiti.


        Belajar berkumpulan dan tutorial juga telah diadakan. Masa & tempat adalah berlainan bagi tahun 1 & 2. Bagi pelajar-pelajar tahun 1, aktiviti ini telah dijalankan dalam kumpulan kecil (mengikut rumah) di imarah masing-masing, pada waktu yang telah ditetapkan oleh mentor. Manakala bagi pelajar-pelajar tahun 2, mereka telah mendapat tenaga pengajar daripada pelajar tahun 4 selain membuat perbincangan berkumpulan sesama sendiri menjelang peperiksaan.
         

        Selain itu, edaran serta jualan nota-nota dan  buku  (physiology)  telah diadakan sepanjang kempen. Kebanyakan nota diedar dan dijual semasa berlansungnya bengkel dan tutorial. Selain itu, gambar-gambar serta video yang dapat membantu pelajar juga telah diedarkan dan dimuatkan ke dalam blog PCZ.  Nota- nota tersebut telah disimpulkan untuk memudahkan pelajar-pelajar untuk mengulangkaji di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. 

        Banyak juga edaran yang telah dibuat & dikeluarkan oleh bagi program ini seperti:   

  • Soalan-soalan yang popular tahun-tahun lepas (jawapan berdasarkan muka surat) dan nota.
  • Jadual peperiksaan dalam bentuk kalendar
  • “Flyers” berbentuk kata-kata motivasi & penanda buku
  • Pengagihan kismis kepada pelajar-pelajar tahun 4


         Walaupun majlis penutup secara formal tidak diadakan disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, “ Exam Fever Campaign (EFC)” ini berakhir sejurus selesainya peperiksaan bagi pelajar-pelajar tahun 4. Aktiviti-aktiviti  yang telah dijalankan sepanjang kempen ini diharap telah membantu sedikit sebanyak semua ahli PERUBATAN Zagazig dalam menyiapkan diri untuk peperiksaan. Semoga kita semua mendapat manfaat & iktibar daripada “Exam Fever Campaign”. Wallahua’lam. Sekian.








Disediakan oleh,                                                                                                            &
nbsp;    27 Julai 2010





                                                                   

(FARHANAH BT MOHD HAMIM)
Timbalan Setiausaha,
Exam Fever Campaign.

Tinggalkan komen anda