Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kalam taujihad Pengerusi PCZ

Kalam taujihad Pengerusi PCZ


Assalamualaikum..

Bismillah walhamdulillah.


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menginap di atas dunia yang indah ini, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad, seluruh kaum keluarganya, sahabat-sahabat baginda dan seterusnya seluruh umat Islam di serata dunia.


Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita semua menamatkan sesi peperiksaan, akhirnya keputusan yang kita nantikan itu diumumkan jua. Tahniah buat seluruh warga PCZ  atas usaha dan pengorbanan yang kalian lakukan sepanjang musim peperiksaan yang lalu dalam mencari kecemerlangan di dalam bidang masing-masing, sama ada perubatan mahupun farmasi.
 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian,
Sekalung tahniah diucapkan kepada para sahabat yang telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang baru sahaja berlalu baru-baru ini, dan takziah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang diuji oleh Allah s.w.t dengan kegagalan dalam imtihan kali ini. Sesungguhnya ingatlah sahabat-sahabat bahawa Allah s.w.t itu mengetahui apa yang yang terbaik buat hamba-hambanya.
 

 ?????? ???? ???? ????? ??? ????????
“kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang”


Kadangkala kejayaan bukanlah sesuatu yang terbaik buat diri kita, kerana kegagalan ataupun kesilapan itu adalah guru terbaik dalam memantapkan lagi kekuatan dan kejayaan kita pada masa mendatang. Sedangkan umat Islam terdahulu juga ketika peperangan Uhud ditarbiyyah oleh Allah taala dengan kecundang dalam peperangan tersebut, tetapi lihatlah apa yang tuhan berikan kepada umat Islam pada ketika itu, suatu pengajaran bahawa walau sehebat mana kekuatan manusia pada sesuatu ketika itu, mereka tetap tidak akan mampu melawan kehendak dan ketentuan Allah.


Tuntas, walaupun keputusan yang kita peroleh pada kali ini mungkin tidak seperti yang kita idamkan, tetapi berusahalah sahabat-sahabat kerana kita masih lagi diberi peluang kedua pada peperiksaan dur thani, kerana mungkin usaha yang kita lakukan pada peperiksaan sesi lepas masih tidak mencukupi untuk mencapai keputusan yang kita inginkan.

“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”, peganglah kata-kata ini sebagai pembakar semangat kita untuk meneruskan karier kita sebagai pencari ilmu. Selagi kita belum memasuki ke dalam dewan peperiksaan, maka selagi itulah kita masih mempunyai masa untuk mencari kejayaan tersebut. Insyallah, kami semua mendoakan yang kejayaan buat sahabat-sahabat bagi peperiksaan kali ini.

Selamat menjalani peperikaan.

Abdul Hadi bin Mohd Zuki,
Pengerusi Perubatan Cawangan Zagazig 10/11.
 


Tinggalkan komen anda