Home > Menu > Berita > Ucapan Takziah Buat Saudara Hashif Sekeluarga

Ucapan Takziah Buat Saudara Hashif Sekeluarga

” ????? ?????? ????????? ????????? ”

“Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian”, “Setiap yang bermula pasti akan mengalami pengakhiran”. Begitulah ketetapan Ilahi yang tidak mampu kita ubah walau sedikit waktu. Pada 23  April 2010 bersamaan dengan 9 Jamadil Awal 1431H, Encik Hamzah bin Mohd Yunus, ayahanda kepada salah seorang pelajar Perubatan Tahun 1, Universiti Zagazig, saudara Muhammad Hashif bin Hamzah telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan dengan itu, seluruh barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) dan ahli-ahli Perubatan Zagazig merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Didoakan juga semoga saudara Hashif dan keluarga terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah



*sekadar gambar hiasan

Tinggalkan komen anda