Home > Biro PCZ > Biro Perumahan > ETIKA PERUMAHAN PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ)

ETIKA PERUMAHAN PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ)

1.    Sebarang permasalahan berkenaan dengan hal-hal perumahan mestilah merujuk  kepada unit perumahan  ( akhawat = timb. Ketua @ ketua unit,  ikhwah = ketua unit )

2.    Ahli  dilarang membawa masuk  kawan arab ke dalam rumah. Sekiranya akhawat mempunyai masalah  berkaitan dengan hal-hal seperti perpaipan, memasang internet,beli gas ,membaiki barangan elektronik yang  memerlukan tenaga  dari tukang arab, hendaklah ditemani oleh AJK unit perumahan ikhwah.

3.    Pelajar akhawat tidak dibenarkan membawa masuk pelajar lelaki ke rumah mereka kerana ia berkaitan  dengan qarar Amni Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) kecuali hal-hal yang berkaitan sahaja.

4.    Segala urusan perpindahan rumah hendaklah merujuk kepada AJK Unit Perumahan PCZ.

5.    Harga sewa rumah yang ditetapkan hendaklah tidak melebihi  L.E 600 dan bilangan ahli rumah hendaklahlah sekurang-kurangnya  3 orang .

6.    Ahli dibenarkan untuk mencari rumah sewa secara persendirian namun mestilah memenuhi syarat-syarat etika yang ditetapkan.Pengurusan akad serta perbincangan harga sewa rumah dilakukan oleh  Unit Perumahan PCZ.

7.    KRITERIA RUMAH : ( boleh dipertimbangkan)

·    Sewa tidak melebihi L.E 600
·    Ta’min  (tidak melebihi 1 bln sewa)
·    Tiada muaddam (deposit )
·    Mafrushah, perabot ( sekiranya ada )
·    Kawasan yang selamat dan aman
    ( akhawat= disarankan Salam & Kafer Zind )

Disediakan oleh :                                                                   

(MOHAMMAD ERMYZAL NAZIRUL BIN MUSA )       
KETUA UNIT PERUMAHAN,                                           
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG,                                                                                              SESI 2010/2011.

Disahkan oleh :

(ABDUL HADI BIN MOHD ZUKI)
PENGERUSI,
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG,
SESI 2010/2011.

Tinggalkan komen anda