Home > Menu > Iklan > Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan, ahlan ya Ramadhan.. Bulan penuh dengan keberkatan, nikmat & gandaan pahala bagi yang berusaha mencarinya. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan usaha kita dalam memupuk jiwa Muslim yang Mukmin, kerana di Bulan inilah kita boleh melakukan amalan dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang direjam. Jadi janganlah merajakan nafsu malas, nafsu tidur, nafsu makan (ketika berbuka) semata-mata, kerana ia akan merosakkan amalan kita.

Cuti-cuti juga, tapi ia bukan alasan untuk kita melepaskan peluang Ramadhan yang hanya setahun sekali ini. Kita tidak tahu sekiranya kita bakal diketemukan oleh Allah sekali lagi dengan bulan yang menggandakan pahala bagi setiap amal ibadah yang dikerjakan ini.

Mediczagazig mengucapkan selamat menghadapi madrasah Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan disamping mencari keredhaan Allah SWT, Insyallah..

Tinggalkan komen anda