Home > Uncategorized > KENYATAAN RASMI | PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PCZ SESI 2021/2022

KENYATAAN RASMI | PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PCZ SESI 2021/2022

بسم الله الرحمن الرحیم


السلام علیكم ورحمة الله وبركاتھ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, dengan rahmat serta izin daripada-Nya, kita masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat yang harus kita syukuri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat perjuangan Baginda, kita dapat meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam.


Alhamdulillah, pada tanggal 12 Februari 2021, telah berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) buat kali yang ke-11. Maka, dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2020/2021 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) tersebut, maka telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig bagi sesi 2021/2022.


Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1 (c), iaitu: 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.


Oleh itu, berikut merupakan portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang telah dipersetujui:

JAWATANNAMANO TELEFON
PENGERUSIAHMED HANNAN BIN MOHAMED HUSSIN+201129277242
TIMBALAN PENGERUSISUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI+201100177216
JABATAN SETIAUSAHANUR ELLIA AIDA BINTI MUNAWWIR+201117722948

Semoga semua pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig 2021/2022 tetap terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah SWT. Barisan pimpinan PCZ sesi 2021/2022 juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig dapat memberikan sokongan dan dorongan yang sebaiknya kepada semua AJKT bagi membantu melaksanakan amanah ini sehingga ke akhir sesi.


Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya bagi warga Zagazig di samping mengharapkan reda Allah SWT.


Bekerja dengan PERUBATAN, bekerja untuk Islam.

Siiru a’la Baarakatillah.
Sekian, terima kasih.


“PCZ – United As One”


“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, asy-Syifa’, ar-Rahmah”

Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2021/2022.

Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2021/2022

Tinggalkan komen anda